Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri

Tukang jahit kadangkala akan menjahit sehingga lewat malam. Untuk menjaga kesihatan mata, digalakkan agar persekitaran menjahit sentiasa cerah dan terang.

Salah satu alat yang boleh membantu adalah lampu LED mesin jahit yang mana ianya boleh di pasang pada mesin jahit rumah mahupun mesin jahit industri.

Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri

Hari ini, isteri aku minta tolong untuk pasang lampu LED tu kat mesin jahit dia. Takde la susah pun sebenarnya.

Untuk lebih jelas, inilah rupa depan dan belakang lampu led tu.


Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri
Lengkap dengan magnet dan suis.

Boleh cari di shopee melalui senarai penjual berikut:


Untuk pengetahuan bersama, ada dua versi lampu ini disediakan iaitu
  • jenis sambungan plug ke soket dinding
  • jenis sambungan wayar ke kotak suis mesin jahit


Isteri aku pilih jenis pilihan kedua tu sebab senang kerja katanya tak perlu nak cabut dan pasang plug berulang kali kalau guna jenis plug tu.

Apa yang menariknya lampu LED ini?
  1. Ianya mudah dipasang.
  2. Terdapat magnet yang kuat jadi boleh saja lekatkan pada mana-mana bahagian mesin jahit seperti yang anda mahukan.
  3. Leher boleh laras mengikut kemahuan anda.
  4. Dilengkapi 10 mentol LED kecil yang terang dan tahan lama.

Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri

1) Buka skru yang berada di tepi kotak suis di bawah meja mesin jahit.

Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri


2) Longgarkan kedua-dua skru di bahagian kanan suis dan pasang kedua-dua wayar lampu LED di dua skru tersebut.

Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri
Pastikan pasang di skru yang betul

3) Ketatkan skru. Pasang kotak suis dan uji lampu LED tersebut sama ada menyala atau tidak.

4) Akhir sekali, lekatkan bahagian magnet lampu LED tersebut di mana-mana permukaan mesin jahit mengikut keserasian anda. Siap!

Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri



Hasilnya:

Cara Pasang Lampu LED Mesin Jahit Industri


Untuk pengetahuan lampu akan sentiasa menyala walaupun suis mesin jahit ditekan OFF.

Gunakan suis di belakang lampu LED tersebut untuk menyalakan atau memadamkan nyalaan lampu.

Berminat nak pasang lampu LED ini di mesin jahit anda?

Bolehlah sambar satu dan pasang sendiri.

Mudah saja!

Comments