(Info) Bayaran Harga Dan Cara Buat Pasport Antarabangsa

Adakah anda bakal berkecimpung dalam dunia backpacker atau traveller?

Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah pasport antarabangsa.

Bayaran Harga Dan Cara Buat Pasport Antarabangsa


Persoalannya berapa harga yang dikenakan untuk membuat pasport antarabangsa untuk tahun 2018 dan ke atas ini?

Alkisahnya, pada Februari lepas, aku sempat ke UTC Perlis. Ada dua tujuan sebenarnya aku ke situ.
Pertama, aku nak settlekan tunggakan hutang PTPTN aku. Alhamdulillah dah settle dan memang betul dapat diskaun 20% sebab langsaikan baki sepenuhnya. Dapatlah kurang hampir RM2000 gak. Fuhh banyak tu.

Siapa yang nak langsaikan hutang PTPTN ni bolehlah langsaikan cepat-cepat sebab diskaun 20% untuk yang settlekan sepenuhnya ni hanya sah sehingga 31 Disember 2018.

Bayaran Harga Dan Cara Buat Pasport Antarabangsa


Dan tujuan keduanya, aku nak buat pasport antarabangsa. Mudah je kan boleh buat dua benda kat satu tempat je iaitu kat UTC. Alhamdulillah.

Nak buat pasport ni takdelah susah mana pun.

CARA BUAT PASPORT ANTARABANGSA

Langkah pertama, pergi pejabat Imigresen dan bagitau pegawai di kaunter hadapan nak buat international passport. Lepas tu pegawai tu akan minta Mykad untuk cek background kita dan pegawai tu jugak minta akan kita ingat tinggi badan kita. Kalau tak tahu jangan risau. Kat pejabat Imigresen tu mesti ada satu tempat untuk ukur tinggi badan.

Kalau layak, pegawai tersebut akan suruh kita pegi buat sekeping salinan Mykad dan datang balik untuk ambil nombor giliran. Selalunya kat UTC tu ada kedai photostat jadi tak perlu risau.

Dah siap salinan Mykad tu, pergi balik kat kaunter imigresen tu dan pegawai tu akan bagi nombor giliran.

Bila nombor giliran dah dipanggil, pegi kat kaunter dan terus serahkan Mykad berserta salinannya.
Selepas tu pegawai tu akan tanya tinggi kita. Dan akan ada proses ambil gambar on the spot kat kaunter tu jugak. Canggih, kan?

Bila dah settle tu, pegawai tu akan suruh tunggu sekejap untuk dipanggil ke kaunter bayaran dan pengambilan pasport. Dalam 5-10 minit macam tu pegawai lain di kaunter bayaran dah panggil minta bayaran harga untuk buat pasport antarabangsa ni.

Berapa sebenarnya bayaran harga untuk buat pasport antarabangsa ni?

Hanyalah RM200 je dan tempah tahan sahlaku pasport ni adalah selama 5 tahun.

Bayaran Harga Dan Cara Buat Pasport Antarabangsa


Dan anda boleh ambik pasport yang dah siap tu on the spot, masa yang sama, tempat yang sama tanpa perlu tunggu lama. Tak sampai sejam pun.

Terbaik!

Comments