(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones

Hidup bebas tanpa wayar.

Wireless paling awal tercipta pada tahun 1880. Walaupun pada masa itu ianya tidak sempurna, namun inovasinya berkembang maju sehingga ke hari ini dengan terhasilnya pelbagai peranti wireless.

Bluedio Turbine T5 wireless headphones juga adalah salah satu hasil yang tidak kurang hebatnya.

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones


Setelah menggunakan selama lebih sebulan, ternyata headphone ini memiliki kelebihannya yang tersendiri iaitu:

KUALITI BUNYI
Walaupun kualiti bunyi tidaklah sebaik headphone berjenama lain, namun bunyi serta bass yang terhasil masih gempak dan jelas.

Boleh juga digunakan untuk bermain permainan komputer dan menonton movie dengan kesan audio gempak.

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones


SAIZ DRIVER / SPEAKER
Untuk pengetahuan, headphone ini boleh dikategorikan sebagai over-the-ear headphones kerana saiz speaker-nya sebesar 57mm menjadikan ianya selesa terletak di sekeliling telinga.

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones

Pemilihan headphones over-the-ear ini agak penting kerana jenis headphone on-the-ear akan menekan telinga dalam jangka masa panjang dan menyebabkan telinga sakit jika dipakai lama.


KESELESAAN
Dengan span yang tebal di sekeliling telinga serta di atas kepala, headphone ini agak selesa di pakai untuk jangka masa yang panjang.

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones


Bahagian atas kepala juga boleh dilaraskan dan lengkap dengan penunjuk bernombor supaya senang untuk pengguna seimbangkan panjang kedua-dua belah headphone.

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones



WIRELESS TERMAJU
Dilengkapi Bluetooth 4.2, tiada masalah jika peranti anda jauh dari headphone ini. Anda bebas bergerak ke dapur, bilik air mahupun luar rumah tanpa bimbang sambungan terputus.

Tiada lag atau kesan lambat pada penghantaran bunyi ke headphone ini melalui sambungan bluetooth. Jadi ianya sesuai dipakai untuk bermain game atau menonton filem.

DUA SAMBUNGAN
Untuk pengetahuan, headphone ini menggunakan port USB-C untuk pengecasan dan pindahan data audio melalui kabel.

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones


Sambungan kabel USB-C ke port audio 3.5mm juga tersedia. Ianya berguna jika bateri kehabisan tenaga dan kita tidak sempat untuk mengecas headphone ini.

Kabel USB-C ke USB juga ada diberikan untuk proses pengecasan.

BATERI
Jangan terkejut kerana tempoh masa mendengar muzik atau masa bercakap headphone ini mampu bertahan lebih dari sehari (25 jam). Sekurang-kurangnya 3 hari sekali baru cas jika anda bukan peminat tegar muzik.


BUTANG PELBAGAI-FUNGSI
Walaupun agak keliru pada awalnya, namun setiap butang ada pelbagai fungsinya yang tersendiri.

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones


Sebagai contoh butang besar seperti di atas boleh di tekan di bahagian atas dan bawah dan bukannya butang tunggal yang mempunyai satu suis saja.

Jika di tekan di atas, fungsinya adalah menaikkan volume atau skip track seterusnya. Begitu juga jika di tekan di bawah, fungsinya adalah menurunkan volume atau undur ke track sebelumnya.

Lain-lain butang seperti butang MF (Multi Function), butang pause/play dan butang ANC (Anti-Noise Canceling).

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones

Butang MF juga berfungsi untuk

  • ON dan OFF
  • terima dan letak panggilan
  • tukar bahasa arahan
Untuk lebih jelas dan faham, baca dulu buku manual yang diberikan sebelum guna.


KAWALAN PANGGILAN
Jika terdapat panggilan masuk, boleh saja jawab melalui headphone ini. Hanya tekan butang MF dan anda terus dapat berbual tanpa perlu memegang smartphone anda.

Ex anda masih call minta rujuk? Tekan butang MF selama 2 saat dan panggilan terus di-reject. Mudah kan?


ANTI-NOISE CANCELING
Fungsi ini aku letak di bawah sekali sebab ianya hanyalah berfungsi 50% seperti yang diperkatakan. Jangankan bunyi kuat seperti bunyi hujan guruh atau bunyi hon kereta ex anda diluar rumah minta rujuk, tapi bunyi perlahan seperti bunyi bersin kucing pun boleh didengari.

Jadi, tidak perlu hidupkan fungsi ini kerana selain tidak berfungsi 100%, ianya hanya akan memperlahankan bunyi muzik anda.


HARGA
Disebabkan ianya headphone wireless dan susah dicari, sudah pasti ongkosnya agak tinggi.
Dengan bajet sekitar RM300 anda sudah boleh sambar Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones di beberapa laman beli-belah atas talian tempatan seperti

Terdapat 3 pilihan warna yang anda boleh pilih iaitu hitam, merah dan kuning.

Apa yang anda akan dapat di dalam kotak (unboxing):

(Ulasan) Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones
Headphones, kabel USB-C ke USB, kabel USB-C ke audio 3.5mm, manual dan beg.

Jika anda lebih suka gaya minimalis tanpa serabut wayar dan ingin bebas bergerak, bolehlah cuba beralih arah menggunakan Bluedio Turbine T5 Wireless Headphones ini.
 
Tidak salah berbelanja lebih untuk keselesaan sendiri. Setuju?
 
Selain beg kain yang diberikan, anda juga boleh beli asing bekas headphone ini yang lebih keras untuk lebih perlindungan seperti di link berikut:
 
 
 

Comments