(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD

Nah, inilah jam tangan Casio AE-1200WHD.

Ianya tampak eksklusif dan dalam masa yang sama kelihatan moden jika dipakai.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD


Kenapa ianya nampak eksklusif dan moden?

Ini kerana jam tangan Casio AE-1200WHD ini mempunyai paparan berbentuk segi empat yang mana yang mana berlainan dari jam tangan tradisional yang berbentuk bulat.

Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan paparan digital yang padat dengan maklumat seperti

  • masa bernombor digital,
  • tarikh,
  • hari,
  • paparan jam analog versi digital di bulatan kecil serta
  • 3 maklumat indikator berkaitan fungsi jam seperti 
    • MUTE,
    • ALM atau alarm (jika ada) dan
    • SIG atau signal (bunyi setiap satu jam).


*Fungsi signal ini boleh ditetapkan dalam fungsi alarm.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD


Paparan masa juga agak besar dan jelas untuk dilihat si pemakai.

Fungsi lain yang biasa juga ada seperti

  • stopwatch,
  • alarms dan
  • timer.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD


Ianya juga mempunyai fungsi World Time, anda juga boleh mengetahui masa sedunia serentak dari jam ini dengan pilihan hampir 50 buah negara.

Dengan paparan yang penuh dengan maklumat ini, sudah pasti pemiliknya nampak seperti perisik terkenal; James Bond.

Pastikan anda mendapatkan jam tangan ini yang original dari Casio kerana terdapat pelbagai versi cetak rompak di pasaran sekarang ini.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD


Selain itu, jam ini mempunyai ketahanan bateri selama 10 tahun. Jadi tidak perlu risau atau perlu bersusah payah menukar bateri setiap tahun.

Jam ini juga mempunyai fungsi kalis air dengan kedalaman sehingga 100 meter. Tiada masalah jika ingin berenang (bukan selaman laut dalam) dengan memakai jam ini. Namun anda dinasihatkan agar tidak menekan butang semasa dalam air seperti mana-mana jam lain juga untuk mengelakkan ia cepat rosak.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD


Saiz jam ini kelihatan agak sederhana. Ianya tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu tebal menjadikan ianya selesa untuk dipakai bagi pemilik tangan bersaiz kecil dan sederhana.

Wanita juga nampak lebih berkeyakinan dan bergaya jika memakai jam tangan ini.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD



Ohh, jam ini juga mempunyai lampu latar LED berwarna oren untuk memudahkan anda melihat paparan dalam gelap. Hanya tekan butang kanan atas untuk menyalakan lampu LED tersebut.

Tetapan tempoh nyalaan lampu LED ini juga ada dengan pilihan 1.5 saat atau 3 saat. Tetapan tempoh nyalaan terdapat dalam fungsi tetapan masa denga kod huruf LT.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD


Untuk memudahkan pemakai, tali jam ini boleh di'potong' sendiri dari rumah. Tak susah pun.

Apa yang diperlukan hanyalah skru driver kecil untuk menolak dan membuka kunci yang terdapat dalam setiap bahagian tali jam tersebut.

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD


Harganya pulak tidaklah semahal jam tangan eksklusif yang lain. Hanya dalam lingkungan RM 100 di beberapa laman belian atas talian seperti
  • Lazada
  • Shopee (diskaun RM7 untuk belian pertama dengan kod : FTRHD222)

Apapun, boleh dikatakan jam ini agak popular kerana setiap orang mampu untuk memiliki jam ini dan sesuai dipakai oleh semua orang baik pelajar mahupun pekerja.

Nak jadikan hadiah untuk pasangan pun sesuai kerana disertakan dengan kotak jam Casio. Dapatkan sekarang sebelum terlambat!

(Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD (Ulasan) Jam Tangan Casio AE-1200WHD Reviewed by ftrhd on Monday, October 01, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.