(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122

Adakah anda mencari jam tangan dengan harga jimat namun fungsinya bukan saja menunjukkan masa tapi juga hari dan tarikh.

Atau mencari hadiah yang sesuai untuk lelaki kesayangan anda?

(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122


Pilihan jam tangan dari jenama Naviforce dengan berkod siri 9122 ini agak menarik untuk dimiliki kerana rekabentuknya yang sporty dan eksklusif.

(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122
Jam tangan Naviforce 9122


(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122
Kod siri NF9122M


Saiz jam ini agak besar baik dari segi diameter atau ketebalannya, menyebabkan ianya sesuai untuk pemakai yang bertangan besar atau yang berminat dengan jam bersaiz besar seperti jam G-Shock. 

Jika dilihat dari tepi, jam ini kelihatan agak tebal dengan ketebalan sebanyak 13mm.

(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122
Ala-ala jam tangan penyelam


Apa yang menariknya, jam tangan ini dilengkapi cetakan timbul sauh di  paparan muka jam tersebut.
Bingkai atas juga tampak lasak dengan ukiran nombor 15, 30, 45 dan 60. Manakala paparan dalam terdapat dua nombor saja iaitu 12 dan enam.

(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122
Rekabentuk lasak


Selain itu, terdapat juga paparan penunjuk hari dan tarikh di paparan muka tersebut. Untuk memudahkan si pemakai, terdapat fungsi mengubah hari dan tarikh hanya menggunakan tombol penyelaras di tepi jam ini. Menariknya, tombol penyelaras ini dilengkapi dengan logo Naviforce yang nampak agak eksklusif.

(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122
Crown dengan logo Naviforce


Untuk mengubah hari, hanya tarik SEPARUH tombol penyelaras tersebut manakala untuk mengubah tarikh dan masa, tombol penyelaras tersebut perlu ditarik SEPENUHnya.

Ketiga-tiga jarum jam ini dikatakan akan bercahaya dalam gelap. Namun dalam pemerhatian ana, ianya agak malap dan tidaklah terlalu terang.

Tali jam ini pula dikatakan adalah kulit. Pada pendapat ana, ianya adalah kulit tiruan dan bukanlah kulit asli. Dan ianya juga agak tebal.

(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122
Ukiran jenama eksklusif di tali jam


Untuk pengetahuan terdapat beberapa pilihan warna jam ini yang ditawarkan.

Ianya juga hadir dengan kotak jam, buku manual dan juga kad waranti. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah pada yang tersayang.

(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122
Pakej lengkap dengan kotak jam, jam, buku manual dan kad waranti


Harganya pula agak menjimatkan iaitu sekitar RM50 di laman belian atas talian seperti
  • Lazada
  • Shopee (diskaun RM7 untuk belian pertama dengan kod : FTRHD222)

Secara keseluruhannya, jam ini memang cantik dan bergaya dipakai oleh adik, ayah, suami mahupun atuk anda disamping mempunyai paparan yang multi-info seperti hari dan tarikh.
(Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122 (Ulasan) Jam Tangan Naviforce 9122 Reviewed by ftrhd on Monday, October 01, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.