(Ulasan) Remax Aliens USB Car Charger

Kereta anda tiada pengecas USB? Jangan risau.

Remax Aliens USB Car Charger ada untuk mengecas peranti elektonik anda.

(Ulasan) Remax Alien USB Car Charger


Untuk pengetahuan anda, Remax Aliens USB Car Charger ini bukanlah pengecas usb kereta yang biasa.

Ini kerana satu fungsi tambahan yang terdapat pada pengecas usb ini adalah amat berguna dan mampu menjadi penyelamat anda yang memandu.



PANDANG PERTAMA:
Jika dilihat, terdapat dua port pengecas USB disediakan dengan logo remax dibawah port tersebut.


(Ulasan) Remax Alien USB Car Charger


Terdapat juga perkataan remax dan juga maklumat perkilangan di kedua-dua bahagian tepi pengecas USB ini.


(Ulasan) Remax Alien USB Car Charger


Pembuatannya juga agak berkualiti dan kukuh dan bukanlah menggunakan plastik biasa yang mudah pecah atau longgar.


FUNGSI TAMBAHAN / PENYELAMAT:
Dan satu fungsi tambahan atau boleh juga dikatakan penyelamat (dari kesusahan kemudian hari) yang terdapat pada pengecas USB ini adalah paparan voltage bateri kereta anda.

(Ulasan) Remax Alien USB Car Charger


Untuk demo, bolehlah lihat video ulasan yang saya sediakan di bawah pos ini.

Paparan voltage ini akan mula muncul setiap kali kunci dipulas dan enjin dihidupkan.

Jika voltage yang ditunjukkan adalah di bawah paras normal, itu menunjukkan sudah tiba masanya bateri kereta anda ditukar secepat mungkin.

Jika tidak, sudah pasti satu hari nanti kereta anda akan sukar untuk dihidupkan atau kenderaan tiba-tiba mati di lampu isyarat. (Fuhhh azab tu).

Boleh rujuk di bahagian tepi kotak untuk penunjuk voltage ini:

(Ulasan) Remax Alien USB Car Charger



PENGECAS TELEFON
Namun, jika wayar pengecas telefon dicucuk pada port pengecas USB, paparan tersebut akan bertukar menunjukkan jumlah kuasa yang digunakan untuk mengecas bateri tersebut dengan unit A atau ampere.

Pengecasan maksimum akan menggunakan sehingga 3.4 ampere dan jika kedua-dua port USB tersebut digunakan untuk mengecas telefon, kuasa 3.4 ampere ini akan dikongsi dan dibahagi sama rata.


HARGA:
Harganya pula agak menjimatkan sekitar bawah RM 20 di beberapa laman web belian atas talian seperti


KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, pengecas USB kereta Remax Aliens ini sangat berguna dan mesti dimiliki oleh setiap pemilik kereta kerana fungsi penunjuk voltage bateri kereta mampu mengelakkan kita dari susah (bateri kong) di kemudian hari selain boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit.
 
_ _ _ 
 
VIDEO ULASAN:
 

Comments