(Ulasan) Sonicgear Quatro 2 USB Speaker

Speaker pertama telah dicipta pada tahun 1876 oleh Alexander Graham Bell sebagai sebahagian dari komponen telefon pertamanya.

Hari ini rekaan speaker telah menjadi semakin baik dari segi kualiti, saiz dan harganya.

Berikut adalah speaker USB Sonicgear Quatro 2 yang akan kami ulaskan dalam pos ini.

(Ulasan) Sonicgear Quatro 2 USB Speaker


PANDANG PERTAMA

Dari pandang pertama pembesar suara ini, dapat dilihat bahawa binaannya agak kukuh dan berkualiti. Badannya menggunakan plastik keras yang tidak mudah pecah.

Tekstur depan yang kelihatan digores juga dilihat agak eksklusif. Warna 'cincin' di panel hadapan pula terdapat beberapa pilihan iaitu biru, kuning, hitam, kelabu dan hijau. Pilihan saya semestinya warna biru.



SAMBUNGAN AUDIO DAN KUASA

Harus diingat bahawa pembesar suara ini menggunakan kuasa dari sambungan USB. Jadi anda boleh menggunakannya terus dengan menyambungkan USB tersebut pada komputer atau laptop anda atau boleh juga menggunakan plug usb (untuk disambung ke soket elektrik) atau sambung saja ke powerbank untuk menghidupkannya.

Tiada bateri terbina dalam atau ruangan untuk memasukkan bateri ke dalamnya.

(Ulasan) Sonicgear Quatro 2 USB Speaker



Sambungan muzik pula menggunakan picu audio 3.5mm seperti biasa digunakan untuk komputer dan telefon pintar. Tiada sambungan bluetooth disediakan untuk memainkan muzik.

Pada sambungan wayarnya pula terdapat satu alat kawalan bunyi yang boleh diperlahankan atau dikuatkan mengikut kesesuaian pengguna.

(Ulasan) Sonicgear Quatro 2 USB Speaker


Saiznya pula agak kompak dan mudah dibawa ke mana saja. Bagi yang ingin membuat presentation, inilah pembesar suara yang sesuai untuk anda.

KUALITI BUNYI

Kualiti bunyi pula agak terbaik jika dibandingkan dengan pembesar suara tanpa jenama atau dari China. Bunyinya tidak pecah jika dipasang kuat. Dan kekuatan maksimum bunyinya mampu membuatkan jiran sebelah mengamuk kerana agak bising dan kuat. lol.

Bunyi bass yang berfrekuensi rendah agak boleh diterima telinga dan didengari dengan jelas. Namun bukanlah sebaik speaker 2.1 lain yang dilengkapi subwoofer berkuasa tinggi.

4 panel ditepi pembesar ini bukanlah subwoofer mini namun ianya hanyalah lubang yang ditutup dengan lapisan getah yang fungsinya adalah untuk membalikkan bunyi bass agar lebih kuat dan power.

Mungkin dengan adanya lubang ini, kualiti bunyi tidak akan pecah dan bunyi akan menjadi lebih jelas.

(Ulasan) Sonicgear Quatro 2 USB Speaker


HARGA

Harga yang ditawarkan agak berpatutan dalam lingkungan bawah RM 30 jika anda membeli dari laman web belian di atas talian seperti:



Kesimpulannya, speaker Sonicgear Quatro 2 ini agak seimbang 'markah'nya dari segi saiz, harga dan kualiti. Sambar jangan tak sambar!

Comments