(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker

Anda bukan peminat wayar dan kabel? Beralihlah kepada teknologi tanpa wayar.

Di pasaran, telah banyak produk tanpa wayar yang boleh dilengkapkan pada komputer atau laptop anda seperti keyboard, mouse, headphone, speaker dan lain-lain lagi.

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker



Zealot S9 Wireless Speaker ini salah satu pilihan terbaik untuk menggantikan speaker komputer anda yang masih belum wireless.

Untuk sambungan ke telefon pintar anda juga amat sesuai. Ini sebabnya.

PANDANG PERTAMA

Terdapat buku manual, kabel pengecas dan speaker saja di dalam kotak.

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker


Terdapat 4 butang berfungsi di bahagian atas iaitu butang M untuk Mode, butang fon, butang - dan butang +.

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker


Bahagian hadapan pula adalah bahagian dimana terpasangnya speaker.

Di bahagian belakang pula, terdapat beberapa sambungan media yang berlainan serta sambungan untuk mengecas.

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker


Bahagian bawah pula terdapat lapik yang mencengkam untuk mengelak sebarang gelinciran ketika digunakan.

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker

APA KELEBIHANNYA?


WIRELESS!
Tiada lagi serabut wayar di atas meja. Berkenaan sambungan Bluetooth, tidak dinyatakan pula di kotak atau manual tentang penggunaan Bluetooth versi ke berapa namun katanya mampu beroperasi seperti biasa dalam lingkungan 10 meter. (Mungkin Bluetooth 4.0)

BUNYI
Penghasilan bunyi serta bass agak baik dan jelas. Volume maksimum juga memang kuat bunyinya.

KECIL DAN RINGAN!
Hanya seberat 300 gram dan muat dipegang dalam genggaman tangan, ianya agak mudah untuk diletak dalam beg galas dan dibawa ke mana-mana saja.



MULTI-SAMBUNGAN
Bukan saja bluetooth, malah audio muzik juga boleh dimainkan dari pemacu USB, Kad TF (micro SD) dan sambungan kabel audio AUX 3.5mm.


BATERI
Sekali lagi tiada maklumat berkaitan bateri di kotak atau manual, namun beberapa laman web beli-belah atas talian mengatakan ianya mempunyai kapasiti bateri sebanyak 2400 mAh.

Dengan tempoh cas penuh hanya 3 jam, ianya mampu beroperasi selama 12 jam tanpa henti.

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker


PANGGILAN
Jika terdapat panggilan telefon, boleh saja tekan butang fon di atas speaker ini untuk berkomunikasi melalui mikrofon terbina dalam.


HARGA
Harganya hanyalah sekitar RM50 ke bawah di beberapa laman beli-belah atas talian tempatan seperti
  • Lazada
  • Shopee (diskaun RM7 untuk belian pertama dengan kod : FTRHD222)

Dan untuk pengetahuan, pesanan anda akan terus dihantar dari China.


LAIN-LAIN INFO
1) Terdapat 4 pilihan warna iaitu cyan, magenta, hitam dan putih.

2) Terdapat 2 speaker di kiri dan kanan untuk kesan bunyi stereo.

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker


3) Mempunyai 4 mod penggunaan iaitu bluetooth, TF card/USB, FM radio dan AUX.

Kesimpulannya, Zealot S9 Wireless Speaker ini bukan biasa-biasa. Ianya menghasilkan bunyi yang kuat dan baik walaupun kecil. Fungsi wireless dan saiznya yang kecil semamngnya satu pilihan tepat buat mereka yang memerlukan ruang kerja bergerak seperti pelajar, guru, pensyarah serta siap-siapa saja.

Jika anda ada RM50 untuk membeli wireless speaker, adakah anda akan membeli speaker ini?

(Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker (Ulasan) Zealot S9 Wireless Speaker Reviewed by ftrhd on Friday, October 05, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.