Adakah anda mencari jam tangan dengan harga jimat namun fungsinya bukan saja menunjukkan masa tapi juga hari dan tarikh.
Atau mencari hadiah yang sesuai untuk lelaki kesayangan anda?
Atau mencari hadiah yang sesuai untuk lelaki kesayangan anda?
Pilihan jam tangan dari jenama Naviforce dengan berkod siri 9122 ini agak menarik untuk dimiliki kerana rekabentuknya yang sporty dan eksklusif.
Saiz jam ini agak besar baik dari segi diameter atau ketebalannya, menyebabkan ianya sesuai untuk pemakai yang bertangan besar atau yang berminat dengan jam bersaiz besar seperti jam G-Shock.
Jika dilihat dari tepi, jam ini kelihatan agak tebal dengan ketebalan sebanyak 13mm.
Ala-ala jam tangan penyelam |
Apa yang menariknya, jam tangan ini dilengkapi cetakan timbul sauh di paparan muka jam tersebut.
Bingkai atas juga tampak lasak dengan ukiran nombor 15, 30, 45 dan 60. Manakala paparan dalam terdapat dua nombor saja iaitu 12 dan enam.
Rekabentuk lasak |
Selain itu, terdapat juga paparan penunjuk hari dan tarikh di paparan muka tersebut. Untuk memudahkan si pemakai, terdapat fungsi mengubah hari dan tarikh hanya menggunakan tombol penyelaras di tepi jam ini.
Menariknya, tombol penyelaras ini dilengkapi dengan logo Naviforce yang nampak agak eksklusif.
Crown dengan logo Naviforce |
Untuk mengubah hari, hanya tarik SEPARUH tombol penyelaras tersebut manakala untuk mengubah tarikh dan masa, tombol penyelaras tersebut perlu ditarik SEPENUHnya.
Ketiga-tiga jarum jam ini dikatakan akan bercahaya dalam gelap. Namun dalam pemerhatian saya, ianya agak malap dan tidaklah terlalu terang.
Tali jam ini pula dikatakan adalah kulit. Pada pendapat saya, ianya adalah kulit tiruan dan bukanlah kulit asli. Dan ianya juga agak tebal.
Untuk pengetahuan terdapat beberapa pilihan warna jam ini yang ditawarkan.
Ianya juga hadir dengan kotak jam, buku manual dan juga kad waranti. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah pada yang tersayang.
Pakej lengkap dengan kotak jam, jam, buku manual dan kad waranti |
Harganya pula agak menjimatkan iaitu sekitar RM60 di laman belian atas talian seperti
Secara keseluruhannya, jam ini memang cantik dan bergaya dipakai oleh adik, ayah, suami mahupun atuk anda disamping mempunyai paparan yang multi-info seperti hari dan tarikh.
- Shopee: https://shope.ee/7eu5uj70Xg
Secara keseluruhannya, jam ini memang cantik dan bergaya dipakai oleh adik, ayah, suami mahupun atuk anda disamping mempunyai paparan yang multi-info seperti hari dan tarikh.
_ _ _
VIDEO ULASAN:
Comments
Post a Comment