Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura


Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Tahukah anda, Singapura atau Singapore ialah salah satu negara yang terbersih dan paling selamat di dunia ini. Setahu admin, nak makan chewing gum pun tak boleh. Memang respect dengan negara Singapore ni.

Untuk pengetahuan anda, Singapore ni dulunya adalah sebuah perkampungan nelayan tapi sekarang ini dah banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang boleh dilihat di mana saja dalam negara tersebut. Jangan tak tahu, sekarang ni juga Singapore sudah dianggap sebagai negara dunia pertama yang cukup moden dan mengujakan sesiapa sahaja yang datang. Fuhh terbaiklah!

Walaupun ia hanyalah sebuah negara yang sangat kecil, keseronokan yang ditawarkan oleh ‘Lion City’ ini memang banyak dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur, di samping lengkap dengan teknologi canggih seperti
  • teknologi 4 Dimensi
  • teater mekanikal
  • pameran interaktif
  • dan banyak lagi tempat menarik perlu anda lawati.
Tapi, anda jangan risau tentang harganya mahal dan berbayar di sini, sebab tarikan yang percuma juga banyak ditawarkan di negara maju ini. Tak kisahlah mahal, murah ataupun percuma, semuanya memang wow di Singapura!

Nak tahu ke mana anda mesti pergi kalau dah sampai ke Singapura? Inilah senarai beberapa tempat menarik di Singapore ini.

1. Orchard Road - Syurga Membeli Belah


Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Orchard Road telah menjadi tempat menjual beli sejak dari tahun 1850 lagi, tapi pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam. Namun setelah lebih dari seabad berlalu Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong. Nak makan di sini dah tak perlu susah-susah nak cari, memang banyak restoran yang ada di sini. Tanya saja selera anda nak makan apa? Western? Tempatan? Semuanya ada. Nak yang mewah? Atau biasa saja? Tepuk dada tanya selera.

Kalau tak nak keluarkan duit dan hanya nak berjalan-jalan melihat kawasan sekitar je pun boleh, sebab ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung dari panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.


2. Menara Merlion - ikon terkenal Singapura


Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Menara Merlion yang berketinggian 37 meter ini adalah sebuah lokasi yang patut anda lawati untuk menikmati pemandangan yang pasti mengujakan. Bukan dari depan menara ini tapi dari MULUT MERLION ini! Anda boleh naik ke bahagian ini menggunakan lif yang disediakan. Dari sini, anda akan disajikan dengan pemandangan Pulau Sentosa dalam 360 darjah.

Dah puas bergambar di sini jangan lupa masukkan tiket masuk anda ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dihasilkan secara yang ekslusif! Tak sia-sia bayar tiket mahal.

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura


3. Chinatown Singapura

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Chinatown Singapura bukanlah sebuah bandar yang kecil, terbahagi kepada 5 bahagian sebenarnya. Yang pertama adalah Teluk Ayer yang menempatkan tokong ibadah yang direka dengan indah, Tanjung Pagar pula merupakan kawasan komersial, kemudian, Bukit Pasoh adalah sebuah kawasan bersejarah. Seterusnya, Krea Ayer adalah tempat penjualan barangan tradisional Singapura dan akhir sekali adalah Ann Siang Hill yang agak moden dan meriah dengan bermacam jenis perniagaan yang dijalankan oleh anak-anak muda Singapura.

Dari kawasan yang tradisional hinggalah yang moden, inilah ‘Chinatown’ di Singapura. Semuanya dapat anda sekeluarga alami.

4. Little India

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Pada sekitar tahun 1840-an kawasan Little India merupakan tempat aktiviti lumba kuda bagi orang-orang Eropah yang datang. Namun setelah masa berlalu, Little India telah berubah rupa sebagai sebuah destinasi yang meriah 24 jam setiap hari dengan kewujudan pusat-pusat membeli-belah seperti Mustafa Centre dan Tekka Centre. Terdapat pelbagai barangan yang boleh anda jumpa di Little India ini dari barangan kemas hinggalah ke barangan elektronik, semuanya ada di sini.

Nak makan tandoori? Minum teh tarik yang kaw-kaw punya? Di sinilah tempatnya.

5. National Museum of Singapore

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Dibuka sejak 1849 lagi, National Museum of Singapore merupakan muzium yang tertua di negara tersebut. Kalau anda lihat rekaan bangunan ini pun sudah terserlah betapa bangunan ini telah wujud berzaman lamanya dengan gabungan Renaissance dan Neo-Palladian dalam seni binanya. Walaupun ianya sebuah muzium yang lama, tapi pameran di dalam muzium ini agak meyeronokkan untuk dilihat dan dialami, dialami?

Ya, terdapat ruangan untuk anda merasakan ‘immersive experience’ yang mana anda berada di dalam satu bilik yang gelap dan dikelilingi dengan video yang menunjukkan kehidupan seharian di Singapura dengan muzik latar belakang. Ianya bagaikan anda 'hidup' di dalam video kehidupan tersebut. Memang terasa lebih mengujakan. WOW! Ini baru salah satu, nak tahu apa lagi yang best? Jom beramai-ramai ke National Museum of Singapore.

Jadi, jika anda ada perancangan untuk pergi ke Singapore, bolehlah lihat perbandingan harga di laman portal Traveloka. Bagi anda yang nak fly from Kuala Lumpur to Singapore at the best price, Traveloka akan membantu anda mencari pilihan yang terbaik.

Ini 5 Tempat Menarik Harus Dilawati Di Singapura

Jadi tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat tempah tiket penerbangan anda di Traveloka.

Terbaik!

Comments