(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard


Dengan terkenalnya sukan e-sports, maka banyak juga produk gaming yang diperkenalkan di pasaran.

Jenama Aula turut memperkenalkan mechanical gaming keyboard mereka dengan nombor pengenalan F2012.

Apakah yang menariknya Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard ini?

Jika anda berminat untuk membeli produk ini di kedai komputer berdekatan, berikut adalah rupa kotak keyboard ini:

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard


Dan inilah apa yang anda akan dapat dalam kotak tersebut.

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard
Keyboard, penarik kekunci, buku manual dan kad waranti.

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard
Disertakan juga pengikat kabel.


ULASAN

Setelah beberapa hari admin menggunakannya, terdapat beberapa kelebihan yang dimiliki oleh keyboard ini antaranya:

Blue Switch


(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard


Papan kekunci dengan suis biru (blue switch) agak terkenal kerana kebolehannya ‘menembak’ walaupun kekunci belum ditekan habis. Ianya terbaik jika anda banyak menaip atau sedang dalam permainan untuk memastikan ketepatan dalam menekan sesuatu kekunci.

Selain itu, tekanan ke atas jari juga agak rendah menjadikan papan kekunci dengan suis biru ini agak selesa digunakan bagi kebanyakan pengguna yang banyak menaip atau bermain game.

Multicolor backlit


Dengan adanya cahaya dari multicolor backlit ini, penggunaanya dalam keadaan yang kurang cahaya atau gelap menjadi lebih mudah.

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard


Terdapat banyak mod pencahayaan keyboard ini yang boleh dipilih antaranya breathing, horizontal wave, snake runner, ripple dan lain-lain lagi.

Bagi admin, cukuplah sekadar pencahayaan biasa yang menyala berterusan. Senang nak menaip dalam gelap.

Selain itu, keyboard ini akan berhenti bercahaya jika tidak digunakan selepas 10 minit.

Windows Key lock

Hanya tekan butang Fn+windows maka butang Windows tersebut akan terpadam menandakan ianya tidak berfungsi.

Fungsi ni agak berguna bagi mengelakkan pengguna tertekan butang Windows yang mana menyebabkan paparan windows muncul semasa anda sedang rancak bermain game.

Saiz yang kompak

Disebabkan ianya hanya mempunyai 82 kekunci sahaja, jadi saiz keyboard ini agak kecil dari keyboard standard yang dilengkapi dengan kekunci bernombor di sebelah kanan keyboard.

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard


Ianya mudah juga untuk dibawa ke mana-mana lebih-lebih lagi jika anda mempunyai tournament di luar.

Berikut adalah ukuran saiz sebenar keyboard ini:

Panjang: 36cm

Lebar: 13cm

Ketahanan Tinggi


Mechanical keyboard sememang dicipta untuk ketahanan yang tinggi. Namun begitu, Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard ini dipertingkatkan lagi ketahanannya dengan penggunaan papan panel dari bahan besi.

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard
Rapoo v500 vs Aula F2012.


Kemasan di bahagian tepi juga agak ekslusif dengan kilatan krom. Ianya berbeza dari kebanyakan papan kekunci mekanikal lain yang mana menggunakan plastik keras sebagai panel.

(Ulasan) AULA F2012 Mechanical Gaming Keyboard
Bahagian belakang juga mempunyai kaki untuk menambah tinggi keyboard tersebut.


HARGA
Pada tahun 2019 ini harga papan kekunci ini adalah sekitar RM100 - 150. Namun ianya sudah dihentikan pengeluarannya dan sudah tidak boleh dibeli di mana-mana laman belian atas talian.

Jika inginkan versi yang lebih canggih dan terkini, boleh cuba papan kekunci:


Kekurangan


Seperti gaming keyboard lain yang menggunakan blue switch, bunyi setiap tekanan kekunci agak bising. Agak mengganggu (orang lain) jika anda berada sebilik dengan rakan anda, di pejabat, perpustakaan atau ada bayi yang sedang tidur di rumah anda.

Jika inginkan papan kekunci yang senyap, cari saja papan kekunci dengan suis warna merah, coklat atau hitam. Namun harus diingatkan bahawa, pengalaman menekan (tactile) menggunakan suis-suis tersebut adalah berbeza mengikut warna.


KESIMPULAN


Jika bajet anda tidak mengizinkan untuk membeli mekanikal keyboard yang sebenar seperti Cooler Master Storm QuickFire XT atau Razer BlackWidow Ultimate 2016, boleh saja miliki Aula F2012 Mechanical Gaming Keyboard ini kerana pengalaman menggunakannya hampir sama dari segi ‘tembakan’ dan fungsinya walaupun suisnya bukanlah dari Cherry MX.

Dengan tambahan fungsi multicolor backlit dan Windows key lock boleh dikatakan agak berbaloi untuk memilikinya.


Comments