(Tips) 13 Tindakan Jika Terlibat Dalam Kemalangan

(Tips) 13 Tindakan Jika Terlibat Dalam Kemalangan


Apakah tips dan tindakan yang perlu dilakukan jika terlibat dalam kemalangan jalan raya?

Mungkin ada yang pernah alami situasi ini. Ada juga yang belum pernah.

Sempena meraikan tahun baru ini, semestinya banyak kenderaan akan berada di atas jalan raya mahupun lebuhraya.

PDRM melalui facebook mereka telah berkongsi 13 tindakan yang seharusnya diambil jika mana-mana pemandu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Antaranya seperti berikut:

  1. Sila bertenang dan jangan cemas.
  2. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
  3. Jika tiada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
  4. Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
  5. Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
  6. Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
  7. Buat lakaran kasar lokasi kemalangan dan kedudukan kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
  8. Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
  9. Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
  10. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor hotline kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan truk tundanya ke balai polis berhampiran.
  11. Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
  12. Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
  13. Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans / pengendali takaful anda.



_ _ _ _ _

Yang penting, janganlah mengamuk, bergaduh, bertikam lidah dan bertumbuk sesama sendiri. Ianya takkan mengubah keadaan. Siapa-siapa pun tak mahu ditimpa kecelakaan. Tapi benda dah nak jadi nak buat macam mana. Redha je lah..

Diharap tahun baru ini, indeks kemalangan dapat dikurangkan melalui kesedaran pemanduan yang selamat dan bijak.

Apa pun memandulah dengan menggunakan otak, insha-Allah selamat.

Hati-hati memandu!

Comments