(Tips) Cara Beli Tayar Kereta Yang Betul Dan Jimat


(Tips) Cara Beli Tayar Kereta Yang Betul Dan Jimat

Tayar kereta semestinya ditukar apabila bunganya telah haus. Mungkin ramai yang tidak tahu tips dan cara membeli tayar kereta yang betul dan jimat dimana terdapat beberapa situasi kita boleh mendapatkan sesuatu jenis tayar kenderaan dengan diskaun sehingga 80%.

Info ini dikongsikan difacebook dan menjadi viral kerana maklumatnya yang membantu kita berjimat semasa membeli tayar kereta.

Maklumat berikut penting untuk kita fahami berkenaan dengan tayar kenderaan yang sedang kita gunakan dan memudahkan kita mengenali tayar saiz tayar, Pemilihan tayar yang berlainan saiz akan mempengaruhi prestasi kereta anda dan memungkinkan pihak kedai mengenakan caj yang berlebihan.

1) Cara membaca maklumat ukuran pada tayar kenderaan

Kod tayar kenderaan: Contoh 205/65/R15 94H.

205 = Lebar (W) dalam unit milimeter, mm

65 = Nisbah aspek (untuk mengira tinggi / ketebalan tayar, H dalam unit milimeter mm)

R = Radial

15 = saiz / diameter rim (R) dalam unit inci

94 = Had maksimum bebanan

H = Had maksimum kelajuan 210 km / jam v

Jika ianya abjad yg terakhir, ianya seperti di bawah;

S = Maksimum had laju 180 km / jam

T = Maksimum had laju 190 km / jam

U = Maksimum had laju 200 km / jam

V = Maksimum had laju 240 km / jam

Z = Maksimum had laju 240 km / jam

W = Maksimbum had laju 270 km / jam

Y = Maksimum had laju 300 km / jam

*untuk mengira tinggi/ketebalan tayar,H:

Katakan nisbah aspek adalah 65 yang bermakna 65% dari lebar adalah bersamaan tinggi atau ketebalan tayar.

Jadi 65% x 205mm = 133.25mm

(Tips) Cara Beli Tayar Kereta Yang Betul Dan Jimat


2) 4 angka tarikh tercatit di sisi tayar.

Contoh 0515


Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pd minggu ke 5 tahun 2015.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras disebabkan getah tayar sudah tamat tempoh (expired). Ada baiknya anda menukar tayar jika bunganya sudah haus atau penggunaannya sudah melebihi 5 tahun.

Jika menukar tayar yang baharu pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun yang terkini untuk prestasi maksimum.

3) Diskaun pembelian tayar

Jika membeli tayar keluaran tahun 2014 maka boleh sahaja meminta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut adalah diskaun harga tayar mengikut tahun tayar dikelurkan dari tahun semasa (2015);

2014 = 20%

2013 = 40%

2012 = 60%

2011 = 80%

2010 = Percuma

Semoga perkongsian ini membantu kita agar tidak ditipu oleh kedai jual tayar. Boleh share jika bermanfaat

Comments