(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor


*Ulasan Helmet LTD Infinity RAM Double Visor ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

Mencari topi keledar yang sesuai memang penting untuk menambah tahap keselamatan semasa menunggang motosikal.

Tahap keselesaan, fungsi dan ciri-ciri tambahan juga mampu menampah nilai pada sesebuah topi keledar itu.

Topi keledar yang diberi nama LTD Infinity RAM Double Visor ini adalah satu pilihan bijak kerana terdapat nilai tambahnya yang tersendiri selain harganya yang agak berpatutan.

Untuk pengetahuan, saya membeli helmet ini melalui laman web Lazada.

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor

Kenapa pilih yang ini?


Ada beberapa sebab saya memilih topi keledar ini antaranya:

DOUBLE VISOR


(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor



Dengan adanya dua visor, agak menyenangkan untuk dipakai pada kedua-dua waktu siang dan waktu malam.

Sebelum ni agak sukar jika menunggang pada waktu malam kerana memakai helmet yang dipasang visor gelap sahaja.





VENTILATION


Untuk cuaca panas di Malaysia ini, menjadi keutamaan untuk memilih helmet yang memberikan pengudaraan yang baik.

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor



Lubang pengudaraan pada helmet ini dapat menyedut udara masuk dan keluar dari helmet tersebut untuk proses penyejukan kepala.

Ianya terdapat di bahagian bawah, atas dan dalam ‘tanduk’.

Namun perlu diingatkan bahawa lubang ini hanya ditebuk pada lapisan luar sahaja dan bukan menembusi polisterin di bawah helmet (tiada angin sampai ke kepala pemakai).

Walaubagaimanapun, angin masih mampu menyejukkan ruang dalaman helmet ini.


REKABENTUK


Rekabentuk bertanduk sesuai dengan gaya penunggang masa kini dan mungkin membantu dari segi aerodinamik atau rintangan angin.

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor



Selain itu terdapat juga beberapa kelebihan lain helmet ini iaitu:

KESELESAAN


Bahagian dalam helmet ini agak selesa dengan dilengkapi lapisan fabrik biasa dan berlubang serta span yang tebal.

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor


Amat sesuai untuk ditunggang semasa hari yang panas.

Lapisan polisterin untuk menyerap hentakan juga agak tebal untuk lebih ciri-ciri keselamatan.

Tak pasti juga apa fungsi pelapik getah di bahagian bawah helmet ini.

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor


Namun bagi saya ianya boleh menahan air hujan dari menitik membasahi bahagian fabrik.

Dan fungsinya boleh juga sebagai pelapik untuk elakkan fabrik dari kotor jika diletakkan di mana-mana.



BUNYI ANGIN / KEDAP UDARA


Selama sebulan lebih memakai helmet ini ternyata ianya lebih baik dari helmet KHI (helmet saya sebelum ini).

Helmet KHI agak bising kerana angin boleh masuk melalui bahagian pelapik bawah helmet yang mana bahagian spannya tidak bersambung dan pelapik bawahnya yang lebih besar dari span.

Lihat gambar berikut untuk lebih jelas:

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor



Thumbs up untuk helmet LTD yang baru ini kerana rekaan pelapik bawahnya yang kecil dan span yang bersambung untuk mengelakkan bunyi bising akibat kemasukan angin ke bahagian telinga.

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor


SISTEM PENGUNCI VISOR

Selain pengunci dalam yang menyerlah dengan warna merah, ianya juga agak mudah untuk proses menukar, mengangkat atau menurunkan visor.

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor


Suis (merah) untuk visor gelap di dalam juga mudah digunakan.


LAIN-LAIN YANG MENARIK


  • Warna putih sesuai dipakai semasa panas kerana paling kurang menyerap haba
  • Psst.. sticker yang bertulis ‘LTD’ dan ‘RAM DOUBLE VISOR’ dapat ditanggalkan. Jika tidak suka dan nak nampak minimalis, bolehlah tanggalkan.
  • Cop SIRIM semestinya ada. Jangan risau.


Dan ada satu benda yang saya rasa kurang berkenan dengan helmet ini iaitu:

(Ulasan) Helmet LTD Infinity RAM Double Visor


Buckle ini memang mudah digunakan terutamanya untuk penunggang superbike yang memakai sarung tangan.

Namun, ianya agak leceh kerana sukar untuk mengunci helmet ini pada cangkuk yang disediakan pada motosikal.

Jadi terpaksa sangkut helmet ini di motosikal menggunakan tali pengikat tersebut.

Bagaimana dengan harga?

Jika anda membeli helmet ini di laman belian atas talian ianya dijual pada harga sekitar RM100 hingga RM120.

Penghantaran pula mengambil masa kurang dari seminggu.

Berminat untuk membeli?
 
Bolehlah klik banner shopee di bawah untuk pembelian terus:



Comments