5 Sebab Beli Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori

5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori


Di Malaysia, makna perkataan bundle adalah satu kondisi pakaian yang mana sudah digunakan namun masih lagi cantik dan tiada kerosakan.

Walaupun tak semua rakyat Malaysia meminati pakaian terpakai ini, namun masih terdapat sekelompok besar yang suka 'menyelam' kedai-kedai atau online shop yang menjual pakaian bundle ini.

Selain baju, kedai-kedai bundle ini turut menjual seluar, sweater, kasut serta barang-barang terpakai lain.

Berikut adalah 5 sebab kenapa barang bundle lebih baik dari yang baru dan copy ori:

1. JENAMA ORIGINAL

Semestinya barangan di kedai bundle adalah yang berjenama dan original.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan barangan ini datangnya dari Jepun, Korea, Indonesia dan Malaysia sendiri.

Untuk melihat keaslian pakaian tersebut, anda boleh
  • melihat tag di bahagian leher dan sisi tepi bagi baju dan sweater
  • melihat tag di bahagian dalam untuk seluar termasuklah jeans dan track pant
  • melihat tag serta cop jenama di bahagian dalam kasut
5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori
Adidas Casual Pant 35W 41L RM 20.90 | pix: shopee.com.my/kedaiepik/ACP

Selalunya tag ini akan disulam dengan info dan jenama pakaian tersebut dan bukanlah hanya menunjukkan saiz semata-mata seperti yang terdapat pada barangan copy ori atau yang palsu.

Jika tiada langsung tag seperti senarai di atas (kecuali tertanggal dan terkoyak), maka ianya juga bukanlah original.


2. BERKUALITI

Disebakan barang bundle ini adalah original maka kualitinya juga adalah terbaik dengan pemilihan fabrik serta tambahan aksesori yang menarik. Ada perbezaannya antara barang bundle dengan barang copy ori.

5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori
FILA Women Collar Shirt RM 19.98 | pix: shopee.com.my/kedaiepik/FWCS

Sememangnya penting untuk anda membeli barang yang berkualiti kerana...


3. TAHAN LAMA

Ya. Disebabkan juga pakaian-pakaian bundle adalah original dan berkualiti, maka ianya juga tahan lama.

Perasan tak di tag pakaian, ada baju yang dikeluarkan pada tahun awal 20an. Dan ada juga usia baju yang sedah mencecah usia lebih 2 dekad.

Itu belum lagi jika melihat pada seluar jeans. Tahun 70 dan 80an pun ada dan masih dalam kondisi terbaik.

5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori
Nike Sphere Dry Long Sleeve T-shirt RM 19.98 | pix shopee.com.my/kedaiepik/NSDT


Ini kerana kebanyakan baju berjenama yang original ini menggunakan material terbaik dan tekstur yang unik dengan tujuan supaya ianya mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak atau reput.

Namun kadangkala, bagi kasut pula ianya tidaklah boleh dikategorikan sebagai tahan lama kerana ianya mempunyai tahap 'wear and tear' yang tinggi. Kalau sekadar untuk dipakai bersiar-siar sudah pasti tahan lebih lama.

Dari pengalaman aku sendiri, pernah jugak beli kasut sukan bundle jenama Nike dan ianya bertahan sehingga lebih dari 2 tahun. Memang puas hati pakai pergi jalan-jalan dan kadangkala jogging. Selalunya kasut untuk running memang tahan lama dan kurang rosak.

5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori
Nike Lunar Forever 2.


4. SELESA

Pernah beli baju copy ori? Dahlah panas, tak serap peluh pulak tu. Pakai sekejap je dah basah lencun sebab mandi peluh.

Lain pula jika memakai baju berjenama yang original dari kedai bundle.

Dengan membeli baju sukan berkain polyester dengan jenama seperti Nike, Adidas, Puma atau Uniqlo, anda pasti selesa memakai baju tersebut yang mana kainnya agak sejuk dengan pengaliran udara yang baik, cepat menyerap peluh dan cepat pula mengeringkan peluh tersebut.

5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori
UNIQLO White Sport Shirt XL RM 10.98 | pix: shopee.com.my/kedaiepik/UWSS

Kain polyester ini juga agak nipis dan ringan memang sesuai untuk aktiviti riadah dan sukan. Nak basuh pun dah jimat air. Apatah lagi nak simpan dalam almari memang tak banyak makan ruang berbanding kain jenis cotton.

Tahukah anda, kain cotton kebiasaannya agak tebal dan berat. Kalau berpeluh jadi lagi berat dan lambat pula nak kering. Kalau guna untuk aktiviti larian, memang bertambah penat kalau begitu gayanya. Pada pendapat akulah..


5. HARGA JIMAT

Dan sebab paling utama adalah harganya yang jimat dan murah sesuai dengan keadaan kebanyakan rakyat Malaysia yang inginkan penjimatan dalam perbelanjaan mereka.

Kebanyakan pakaian dan barang bundle yang dijual adalah serendah RM3 hingga ke RM50 mengikut kehendak penjual.

5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori
Antara barangan yang dijual di shopee KEDAI EPIK.


Dan tahukah anda, ada di antara pakaian bundle ini mampu mencecah harga ribuan ringgit? Bertuah jika anda menjumpai baju tersebut kerana harga jual baliknya yang tinggi.

Setakat yang aku tahu, baju bundle yang boleh mencecah nilai mahal tersebut adalah:
  • baju dengan grafik / gambar Hawaii
  • baju dengan teks / grafik / gambar kumpulan Rock 80an (ACDC, Iron Maiden dll)
  • baju dengan terselitnya wang luar negara. Pernah viral dulu ada peniaga bundle menemui beg yang mengandungi wang 550,0000 yen atau nilai Malaysia RM20,000.

5 Sebab Barang Bundle Lebih Baik Dari Yang Baru dan Copy Ori


Nah. Inilah 5 sebabnya kenapa anda perlu membeli pakaian dan barangan bundle. Memang berbaloi dan menjimatkan jika anda rajin 'selam' kedai-kedai bundle yang berdekatan.

Kalau malas nak keluar rumah, boleh juga menyelam secara online di shopee KEDAI EPIK. Terdapat pelbagai pilihan barangan bundle yang berjenama dan berkualiti seperti:

  • Baju sukan berjenama
  • Seluar sukan berjenama
  • Pakaian bayi
  • Pakaian muslim dan muslimah
  • Sweater berjenama
  • Buku dan majalah
  • Kaset

Selamat menyelam!

Comments