ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun


Razer Electra gaming headphone atau headset ialah sebuah lagi produk keluaran Razer dalam kategori audio gaming dan muzik.

Ianya boleh dikatakan antara headphone yang paling basic dan termurah dari barisan headphone Razer namun kualitinya tetap terbaik untuk dimiliki.

Apa yang boleh saya katakan tentang fon kepala ni?

Bagi yang belum tahu, yang berminat atau yang masih dalam 'mode cctv', ini adalah apa yang anda akan dapat dalam kotak produk tersebut:

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun



Rekabentuk:

Dari segi rekabentuk, boleh dikatakan headphone ini agak besar dan tebal rangkanya. Bahagian atas rangka dilengkapi kemasan ‘kusyen’ dan kain kualiti tinggi yang tahan lama (sehingga hari ini masih belum ada kesan luntur atau koyak) dan di’cop’kan dengan perkataan ‘RAZER’.

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun


Bahagian cup bersaiz 55mm pula dilihat agak besar kerana dilengkapi driver bersaiz 40mm.

Keselesaan:

Walaupun dilihat agak besar, namun ianya agak ringan dengan hanya seberat 284 gram. Pemakaiannya juga agak selesa kerana pada bahagian lapik kepala di rangka atas dilengkapi fabrik berkusyen yang agak tebal dan selesa serta tidak meninggalkan kesan peluh.

Manakala pada bahagian ‘cup’ telinga pula, ianya dilengkapi pad kusyen yang sangat tebal dan disaluti dengan kulit sintetik yang lembut dan selesa. Ini untuk menghalang bunyi dari keluar dan menghalang bunyi luar dari masuk ke telinga.

Selain itu, saiz cup yang besar membolehkan ianya melekap muat di sekeliling telinga tanpa menghempap telinga (yang mana agak menyakitkan jika dipakai terlalu lama).

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun

Namun ada berita tidak gembira tentang cup ini yang terjadi baru-baru ini. Boleh baca di bahagian bawah sekali apa yang berlaku.

Saiz bukaan headphone ini juga boleh dilaras mengikut kehendak pengguna melalui sambungan antara cup dan rangka atas.

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun


Dengan penggunaan wayar tunggal yang disambung terus ke bahagian kiri cup, sememang tiada lagi masalah wayar yang memeningkan kepala dan menjerut leher.

Sehingga hari ini, admin masih menggunakan wayar yang sama tanpa sebarang kerosakan. Wayar gantian juga masih ada tersimpan rapi dalam kotak.

Kualiti bunyi:

Jika anda peminat muzik, movie atau gaming yang sukakan audio berkualiti tinggi, headphone ini agak cemerlang untuk membawakan kualiti audio yang terbaik. Bunyi bass, layer bunyi dan getaran dentuman dapat didengar dengan jelas dan terbaik.

Dan jika bermain game, bunyi tapak kaki yang jauh pun boleh dikesan.

Menonton movie dengan menggunakan headphone ini pula agak memuaskan, pengalamannya hampir sama seperti menonton filem di pawagam yang dilengkapi sistem audio yang gempak.

Yang pasti hingga ke hari ini, bunyinya masih terbaik dan meletop tanpa ada penurunan kualiti bunyi. Masih sama seperti baru beli. Terbaik!



Perbandingan harga:

Sesuai dengan kedudukannya sebagai headphone basic namun mantap dalam barisan produk audio Razer, harganya pula pastilah antara yang termurah.

Harga pasaran semasa admin beli pada tahun 2013 adalah RM 229. Pada tahun 2016 ini admin dapati harganya tidak banyak berubah masih dalam lingkungan RM 200.

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun


Maklumat lain:

  • Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam sepenuhnya atau gabungan hijau Razer dan hitam.
  • Kabel 3.5mm yang dilengkapi mikrofon boleh digunakan pada iPhone atau peranti komunikasi lain untuk menerima panggilan
  • Bahagian plug salutan emas. Jadi sememangnya tahan lama.


Selepas 3 tahun:

Tiada perbezaan dari segi kualiti bunyi. Thumbs up buat razer yang berjaya menghasilkan produk berkualiti yang tahan lama.

Namun agak sedih kerana bahagian pelapiknya sudah mula memberi kesan koyak pada awal tahun ini setelah menggunakannya lebih dari 3 tahun.

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun



Admin ada terjumpa gantian cup ini yang mana ada dijual di laman web shopee dengan harga serendah RM15. Headband pun ada dijual sekali.

Mungkin akan digantikan sedikit masa lagi.


Apapun ianya masih dalam keadaan terbaik, selesa dipakai dan masih mengekalkan kualiti bunyi yang mantap.

ULASAN: Razer Electra Gaming Headphone Selepas 3 Tahun


VERSI KE 2

Untuk pengetahuan, produk ini telah dihentikan pengeluarannya dan digantikan dengan versi ke 2 seperti berikut.


Jika anda berminat untuk memiliki Razer Electra V2 yang lebih hebat dan lebih berkualiti, bolehlah beli melalui pengedar sah di Shopee di bawah:


_ _ _ _ _ _ _
Uji kualiti bunyi headphone atau earphone anda melalui playlist spotify ini!

Comments