(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse


Untuk pengetahuan, James Donkey adalah jenama yang berasal dari negara China. Namun begitu mereka sudah mampu mendapat anugerah Red Dot Design Award melalui produk keluaran mereka.

Berbalik pada James Donkey 112 gaming mouse ini, ianya sudah memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dulu melalui penjualan di Lazada dan Shopee. Dengan prestasi dan harganya yang menjimatkan dalam kategori gaming, sudah pasti penjualannya agak memberansangkan.

NYAHKOTAK

Tak rugi anda beli mouse ini kerana kotak pembungkusannya agak cantik. Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada rakan gamer anda.

Berikut adalah apa yang anda dapat:

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse

APA YANG MENARIKNYA MOUSE INI?

Terdapat beberapa kelebihan yang membuatkan tetikus ini bukan sekadar tetikus biasa. Ianya mungkin boleh dikatakan antara tetikus asas yang terbaik untuk dijadikan mouse gaming.


DPI TINGGI


Terdapat 3 pilihan DPI yang tinggi sesuai untuk gamer iaitu 1000, 1600 dan 2000 dpi.

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse


Dengan butang pengubah DPI ‘on-the-go’, anda boleh mengubah tahap DPI secara terus tanpa perlu menggunakan sebarang software di komputer.

Sepanjang admin menggunakan mouse ini, memang bilangan DPI yang tinggi ini agak memudahkan gerakan cursor lebih-lebih lagi dengan penggunaan saiz screen monitor yang agak besar dengan format Full HD atau 4K.



BUTANG

Terdapat 5 butang kesemuanya; butang klik kiri dan kanan, roda scroll dan 2 butang tambahan (back & forward) di bahagian kiri mouse tersebut. Agak mudah juga untuk ibu jari mencapai dan menekan butang tambahan tersebut.

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse



Roda scroll juga agak lancar berpusing namun ianya tidak mempunyai fungsi tilt atau klik mencondong ke kiri dan kanan. Ianya hanya mempunyai fungsi scroll dan klik biasa.

Tak lupa juga butang untuk mengubah bilangan DPI secara pantas terdapat di bahagian atas mouse tersebut.

Agak mengecewakan kerana butang back dan forward tersebut tidak berfungsi untuk pengguna MacOS atau untuk komputer dari Apple.



SAIZ

Untuk pengetahuan anda, saiz mouse ini boleh dikategorikan sebagai besar (medium) mengikut standard gaming mouse.

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse


Saiznya lebih besar dari mouse kompak membuatkan ianya muat dan selesa berada di dalam genggaman tangan anda.

Mouse ini memang sesuai untuk pengguna ‘claw grip’ dan ‘palm grip’.



MESRA TANGAN


Untuk memberikan lebih cengkaman, terdapat lapisan getah di bahagian tepi mouse tersebut supaya jari tidak mudah terseret atau hilang cengkaman.

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse


Roda scroll juga agak mudah dipusingkan serta senang ditekan untuk fungsi new tab.

Butang forward dan backward ditepinya juga mudah dicapai ibu jari.



PILIHAN WARNA DAN SAMBUNGAN


Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam dan putih. Warna putih agak menonjol bagi penggemar minimalis atau untuk komputer Apple Mac.

Selain itu, terdapat juga dua pilihan sambungan sama ada sambungan wayar atau tanpa wayar.

Jika anda seorang yang minimalis dan inginkan meja kerja yang kemas tanpa serabut wayar, bolehlah memilih versi tanpa wayar.

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse


Selain itu, terdapat juga lampu dalaman berwarna kuning untuk memberikan kesan cahay yang garang dan menarik. Namun ianya hanyalah lampu LED tunggal yang biasa tanpa fungsi “breathing light”.

Ianya boleh dinyala atau dipadamkan dengan suis yang terdapat di bahagian bawah mouse ini.

(Ulasan) Tetikus James Donkey 112 Gaming Mouse


HARGA

Cuba teka berapa harga sebenar gaming mouse ini. Lebih dari RM100? RM90 atau RM80?

Jangan terkejut kerana harga yang dijual di atas talian bukanlah seperti tekaan di atas.

Untuk versi wired, ianya hanyalah berharga sekitar RM 39 dan ke atas (mengikut penjual). Untuk versi tanpa wayar pula harganya sekita RM59.

Namun, produk ini telah dihentikan pengeluarannya dan sukar di jumpai di laman belian atas talian.

Jika inginkan versi terkini, boleh cuba tetikus James Donkey:


KESIMPULANNYA

Walaupun James Donkey 112 ini dikategorikan sebagai gaming mouse, namun ianya juga sesuai digunakan oleh pengguna biasa.

Penggunaannya agak selesa di dalam genggaman. Butang forward dan backward agak memudahkan pelayaran web anda bagi pengguna Windows.

DPI yang tinggi juga sesuai untuk pengguna screen monitor yang besar.

Dengan harganya yang kurang dari RM60 serta reka bentuk yang cantik, ianya pasti menjadi pilihan yang berbaloi untuk dimiliki.

Comments