(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse

Bagi yang belum tahu inilah rupa gaming mouse NRO-5 Starship III dari Armaggeddon.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Melihat dari pandang pertama, ternyata ianya nampak penuh dengan butang-butang tambahan.

Ianya bukanlah gimik semata-mata, tapi semua butang tersebut sememangnya berfungsi betul-betul seperti gaming mouse yang anda inginkan.

Jika sebelum ini, admin pernah menggunakan gaming mouse James Donkey 112 yang mana fungsinya agak asas, tapi dengan Starship III ini, ianya bagaikan ‘senjata lengkap’ untuk turun ke medan perang.

NYAHKOTAK DAN PANDANG PERTAMA

Jika anda mencari-cari produk ini di kedai komputer yang berdekatan, inilah rupa kotaknya yang perlu anda cari.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse
Bahagian atas dan bawah kotak.


Cantik, bukan?

Selain itu, bahagian depan kotak ini boleh dibuka bagaikan tingkap untuk melihat sendiri rupa tetikus tersebut di dalamnya.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Berikut apa yang anda akan dapat atau apa yang ada di dalam kotak tersebut:

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse
Tetikus, User Manual dan teflon feet gantian (lapik bawah mouse).


SAIZ


Mengikut panduan yang diberikan, ianya dikatakan mempunyai saiz 4 iaitu medium.

Ukuran saiz yang tepat pula adalah 123.2mm untuk panjang dan 82.5mm untuk lebar serta setinggi 42.3mm.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Ianya muat digenggam dalam tangan dan sesuai digunakan oleh pengguna palm grip dan claw grip.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


REKABENTUK

Untuk keselesaan maksimum, bentuknya agak ergonomik yang mana hampir mengikut bentuk genggaman tangan.

Lihat sendiri pandangan hadapan dan belakang yang menunjukkan bentuknya yang ergonomik.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Di bahagian kiri juga terdapat juga perehat ibu jari (thumb rest) untuk keselasaan berpanjangan.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Selain itu juga, mouse ini diperbuat dari plastik yang dikemaskan dengan lapisan getah untuk lebih keselesaan dan cengkaman berterusan di seluruh bahagian mouse tersebut.

Suis pada setiap klik juga dinyatakan adalah suis OMRON dari jepun yang berkualiti tinggi.

Kabelnya pula mendapat kemasan fabrik nilon untuk lebih ketahan serta kurang serabut.

Di bahagian bawah juga mendapat kemasan terbaik dengan lapik kaki yang dipasang di sekeliling mouse.

Lokasi laser juga berada di tengah-tengah mouse untuk memberikan lebih ketepatan ketika menggerakkannya.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Jika mouse ini dianggap seperti kenderaan, bolehlah dikatakan bahawa Starship III ini umpama sebuah kereta sport yang mempunyai ‘curve’ dan rekabentuk terbaik untuk keselesaan penggunanya.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse
Gigabyte Eco 500, Armaggeddon Starship III dan James Donkey 112.


CIRI-CIRI (UNIK)


Ada beberapa ciri-ciri unik yang anda perlu tahu antaranya:

9 butang program boleh ubah


Jika anda melihat pada bahagian kiri, terdapat 5 butang bernombor.

Ia sebenarnya berfungsi sama seperti kekunci nombor di atas papan kekunci (keyboard) bermula dari nombor 1 hingga 5.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Ianya penting di dalam permainan menembak untuk memudahkan pemain menukar senjata mengikut pilihan sendiri dengan cepat hanya dari butang-butang ini sahaja.

Software untuk memprogram setiap butang tersebut juga boleh digunakan untuk memperbanyakkan lagi fungsi makro setiap butang dengan mencapai sehingga 12 fungsi makro kesemuanya.

Kawalan lampu pancaran RGB juga boleh dilakukan melalui software tersebut.

**Tiada CD disertakan walaupun dalam buku manual ada dinyatakan cara instalasi melalui CD. KLIK SINI untuk download driver tersebut. (Windows sahaja)

Lain-lain butang adalah butang klik kiri dan kanan, serta scroll wheel dengan 2 fungsi klik senget (tilt-click).



Butang 7 pilihan CPI Segera


Selain itu, terdapat juga butang kawalan CPI di bahagian atas.

Ianya untuk menukarkan jumlah CPI dengan serta-merta mengikut kehendak pengguna.

Terdapat 7 pilihan CPI iaitu 500, 1000, 2000, 3000, 6000, 8000 dan 10000.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Penunjuk CPI di bahagian sisi kiri pula akan menyala mengikut jumlah yang ditetapkan.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse

Berat boleh ubah


Berat tetikus ini  pula boleh diubah mengikut kehendak anda. Ianya bergantung kepada jumlah kepingan pemberat yang terdapat dalam mouse tersebut.

Terdapat 6 kepingan pemberat semuanya dengan setiap satu kepingan seberat 4 gram.

(Ulasan) Armaggeddon NRO-5 Starship III Gaming Mouse


Untuk membuka ruang simpanan pemberat tersebut, anda hanya perlu menarik suis yang terdapat di bahagian bawah. Selepas itu, tarik saja laci yang terdapat di bahagian sisi kanan.

Lampu RGB boleh diprogram


Selain itu, ianya juga dilengkapi 16.8 juta warna RGB yang dipancarkan dari dalam mouse ini dan akan bertukar-tukar warna mengikut keadaan.

Fungsi ini juga boleh diubah melalui software yang ditawarkan.

Spesifikasi lain

  • pengubah setting CPI melalui software instalasi untuk kenaikan sebanyak 100 CPI
  • Kabel USB sepanjang 1.8 meter (dengan kepala bersalut emas)
  • High performance track speed up to 100 inches per second
  • sensor: PMW3325 (2017)
  • Acceleration: 20G
  • Frame Rate: 65000 FPS

SASARAN PENGGUNA

Siapa yang sesuai menggunakan mouse ini?

Terdapat beberapa jenis player yang sesuai menggunakannya seperti:
  • first person shooter (FPS)
  • Multiplayer Online Battle Arena (MOBA)
  • Real Time Strategy (RTS)
  • Sports
  • Combat
  • Action


Apapun, mouse ini hanya sesuai untuk pengguna Windows untuk mendapatkan pembolehubah fungsi sepenuhnya.

Untuk pengguna MacOS, mereka hanya terhad menggunakan fungsi CPI boleh ubah sehingga 10000 CPI sahaja. Lampu RGB pula akan menyaIa dengan nyalaan ‘pernafasan’ biasa. Ini kerana tiada software instalasi untuk MacOS bagi mengubah fungsi lampu RGB dan fungsi makro 9 butang mouse tersebut.


HARGA


Dijual pada harga RM 80 ke 100, harga yang ditawarkan agak berbaloi dengan spesifikasi dan fungsi yang ada pada mouse ini.

Jika berminat, bolehlah dapatkan sekarang melalui beberapa pengedar sah di bawah:



Dengan harga tersebut, anda bukan sahaja mendapat fungsi asas seperti gaming mouse berjenama yang lain, tapi juga fungsi pemberat, CPI tertinggi serta butang function bernombor di bahagian sisi.

Bukan itu sahaja, terdapat juga hadiah percuma berupa sebuah mouse mat dengan setiap pembelian ArmaggeddonNRO-5 Starship III 2017 Edition Gaming Mouse ini.

Terbaik!

Miliki sekarang sebelum terlambat!

Comments