(Ulasan) Belkin Surge Protector Advanced Series

(Ulasan) Belkin Surge Protector Advanced Series

Ada sebabnya kenapa Belkin Surge Protector Advanced Series ini mesti anda miliki. Baca ulasan di bawah.

Pernah tak modem router anda tiba-tiba rosak terbakar dipanah kilat?

Nak beli modem baru di kedai pun sudah memakan kos sehingga lebih RM100.

Kalau beli secara online, sudah pasti harganya lebih murah dalam RM70-90 sahaja. Namun, perlu juga tunggu beberapa hari sebelum ianya tiba di depan rumah anda.

Nak elak kejadian seperti ini berulang? Ada baiknya anda memasang Belkin Surge Protector Advanced Series ini.

(Ulasan) Belkin Surge Protector Advanced Series


APA FUNGSI PRODUK INI?

Belkin Surge Protector Advanced Series ini berfungsi untuk melindungi modem router anda dari terbakar akibat panahan kilat yang mengalir dalam wayar talian telefon atau kabel elektrik.

Untuk pengetahuan anda, jenama Belkin sememangnya terkenal dengan peralatan sambungan elektrik kepada komputer dan telefon seperti pengecas, powerbank, extension, kabel dan lain-lain lagi.

Kualitinya pula amat memuaskan.

APA DALAM KOTAK?


Bagi yang berminat, ini adalah apa yang turut anda dapat dalam kotak bungkusan tersebut:

(Ulasan) Belkin Surge Protector Advanced Series

  • Peranti penahan halilintar Belkin
  • Kabel RJ11 sepanjang 1.8 meter
  • Buku manual

KELEBIHAN


Berbalik pada Belkin Surge Protector di atas, apa yang menariknya produk ini ialah ianya mempunyai beberapa kelebihan iaitu:
  • Melindungi peralatan elektrik serta telefon dan modem router dari bahaya kilat
  • Jika peralatan elektrik anda rosak akibat kilat ketika menggunakan produk ini, Belkin akan membayar setimpal nilai barangan anda sehingga mencecah RM8000 bagi rakyat Malaysia.
  • Waranti seumur hidup terhad – penggantian 1 kepada 1 secara percuma jika produk ini yang anda beli rosak akibat kesalahan semasa pemasangan di kilang.
  • Lengkap dengan soket elektrik untuk 1 peralatan elektrik (biasanya untuk modem)
  • Harga yang mampu milik dan berbaloi
(Ulasan) Belkin Surge Protector Advanced Series
Sambungan input dan output untuk wayar telefon / internet di bahagian bawah.

HARGA

Bagi yang berminat untuk memiliki peranti ini, harganya hanyalah sekitar RM80.

Bolehlah dapatkan melalui kedai rasmi Belkin atau pengedar sah di shopee dengan harga istimewa di bawah:

 

KESIMPULANNYA

Belkin Surge Protector Advanced Series ini boleh dikatakan agak penting jika rumah anda ada menggunakan modem router. Ianya memberikan perlindungan berterusan untuk modem dan peralatan elektrik anda dari kilat.

Perlindungan kewangan dan waranti juga agak memuaskan.

Sememangnya ia berbaloi untuk harga yang anda bayar.

Tak rugi memilikinya.

Comments