Bagi yang mencari-cari earphone berkualiti, original tapi murah, bolelah mencuba earphone jenama JBL by Harman dengan kod T110 ini.
Earphone ini admin beli lebih kurang pada bulan Oktober 2017 dan masih bertahan sehingga ke hari ini.
Kalau korang perasan, JBL memberi nama headphone untuk earphone ini. Pada pendapat admin, mungkin kerana kualiti bunyinya setanding headphone jadi JBL berani untuk meletakkan gelaran headphone pada earphone ini.
Apapun, jika anda berminat untuk membeli earphone ini, ianya didatangkan dalam kotak pakej yang menarik dan minimalis seperti ini:
Terdapat beberapa warna yang boleh dipilih, namun admin lebih berminat dengan warna biru yang diselitkan dengan warna oren tersebut.
Di dalam kotaknya diberikan:
- Earphone
- plug tambahan berlainan saiz
- buku manual
- buku waranti
- kertas maklumat dalam bahasa cina
Reka bentuk earphone ini agak mesra pengguna atau dengan kata lain memudahkan pengguna untuk menggunakannya.
Antara ciri-ciri bijak yang terdapat dalam earphone ini adalah seperti:
LABEL TEBUK
Disebabkan label tebuk di kiri dan kanan eaphone yang berlainan, dengan sekali sentuhan jari saja anda sudah tahu yang mana kiri dan yang mana kanan.
Tapi bagi admin cara lebih mudah nak tahu kiri atau kanan, hanya tengok saja set microphone yang selalunya terletak di sebelah kanan earphone.
SET MICROPHONE
Apapun, reka bentuk set microphone pada earphone ini agak minimalis. Hanya terdapat satu lubang mikrofon dan satu butang. Butang ini terdapat pelbagai fungsi iaitu:
Tekan sekali: angkat / letak panggilan, play / stop lagu.
Tekan dua kali: lagu seterusnya
Tekan tiga kali: lagu sebelumnya
Bagaimana pun tiada butang fungsi untuk mengubah volume.
PALAM PENCUCUK
Selain itu reka bentuk palam pencucuk earphone ini juga agak bijak kerana dicondongkan sebanyak 45 darjah.
Dengan kecondongan ini, mudah untuk jari memegang dan mencucuk di port audio 3.5mm.
Kecondongan ini juga dapat mengelakkan wayar terlipat dan terkoyak untuk jangka masa yang lama.
Bahagian hujung pencucuk ini juga disadur dengan emas supaya tahan lama sehingga kini admin menggunakannya.
Jika anda perasan, JBL banyak membuat label tebuk di earphone ini. Agak mudah bagi yang mempunyai masalah penglihatan untuk menggunakan earphone ini.
KABEL
Lihat semula gambar di atas. Kabel yang digunakan adalah dari jenis rata (flat).
Dengan kabel jenis ini, masalah kabel berserabut dapat dikurangkan.
KUALITI BUNYI
Seperti yang admin katakan pada awal tadi, sememangnya bunyi yang dihasilkan agak jelas. Bass juga agak padu. Jika anda menonton filem dengan menggunakan headphone ini, bunyi dengung yang terhasil hampir sama seperti speaker di panggung wayang.
Memang berbaloi untuk anda miliki earphone ini melihatkan dari rekabentuk dan kualitinya.
HARGA
Jika anda berminat untuk memiliki JBL by Harman T110: In Ear Heaphone yang original ini, bolehlah dapatkan pada harga sekitar RM60.
Berikut adalah senarai pengedar sah yang menjual produk ini 100% original:
- Troca OS: https://shope.ee/10NIGVQl8q
- Living Gears: https://shope.ee/89qSnvB13h
- Mono Digital OS: https://shope.ee/5ACrEV2l3g
Semoga bermanfaat!
Comments
Post a Comment