(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang


Pulau Aman iaitu sebuah pulau kecil yang berlokasi di Pulau Pinang ini mampu memberikan anda satu pengalaman menarik.

Menikmati mee kuah berisi udang yang segar dari laut sambil menikmati pemandangan indah serta tiupan angin laut memang terbaik untuk lari dari kesibukan kota dan tekanan kerja.

Sebelum ke pulau tersebut, anda perlu meletakkan kereta anda di jeti dengan harga RM 2 untuk satu kereta.

Selepas itu, anda akan terus berjalan turun hingga ke platform di tepi laut untuk menunggu bot.

JADUAL MENAIKI BOT

Jika anda pergi pada hari Sabtu dan Ahad, bot yang memuatkan 10 orang penumpang akan tiba dengan kerap. Bot akan bertolak jika cukup 10 orang dalam satu bot.

Dan jika anda datang pada hari biasa, bot akan tiba pada setiap dua jam sekali bermula 8 pagi hingga 6 petang.

HARGA TAMBANG BOT

Setelah sampai di Pulau Aman, barulah anda akan membayar harga tiket bot di kaunter yang disediakan.

Harga tiket bot adalah sebanyak RM 6 seorang dewasa untuk perjalanan pergi dan balik.

Dan mengikut satu pengumuman yang ditampal, tambang bot akan dinaikkan kepada RM 7 untuk seorang dewasa bermula 1 September 2016 ini.

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang

KEUNIKAN PULAU AMAN

Di pulau ini, anda hanya perlu berjalan kaki kerana pulaunya tidaklah terlalu luas.

Terdapat masjid berdekatan bagi yang ingin menunaikan solat.

Pokok sukun pula banyak tumbuh di pulau ini. Ianya dijadikan hasil makan tempatan seperti kerepek.

Lokasi memancing juga ada bagi yang ingin memancing ikan di tepi laut.

Dan yang paling menarik, pastilah menikmati hidangan makanan laut seperti udang dan ketam yang segar dan baru diangkat dari bot nelayan.

Inilah restoran yang admin pergi iaitu Restoran Terapung Pulau Aman yang terletak di sebelah kiri jeti di Pulau Aman.

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang



HIDANGAN MAKANAN LAUT


Antara hidangan makanan laut menarik untuk dicuba adalah:

Mee Udang Kuah

Dengan harga RM 6 jumlah udangnya memang banyak dan mengenyangkan bagi seorang makan. 

Rasa mi dan kuahnya memang pekat dan terasa manisnya udang tersebut!
(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang


MEE GORENG UDANG

Harganya juga adalah RM 6.

Bagi yang inginkan hidangan sedikit ringan bolehlah pesan mee goreng udang ni.

Rasa hidangan ini pastilah sedap dan terbaik. Namun, bilangan udang pula tidak sebanyak dalam mee kuah udang.

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang

Kuey Tiaw Goreng Udang

Hidangan ini juga berharga RM 6.

Rasanya agak sedap dengan mengunakan udang yang segar dari laut. Cubalah!

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang



Untuk hidangan special, bilangan udang akan ditambah ke dalam hidangan. Harga bagi setiap hidangan special pula adalah RM 10.


Jika ingin menikmati hidangan laut yang lain seperti ketam atau udang lipan, bolehlah beli dahulu di tempat pendaratan hasil laut yang berdekatan dan beri kepada pelayan untuk dimasak. Hanya masakan jenis stim dan kukus sahaja diterima. Dan hanya diterima sebelum jam 3 petang.


Ada juga menu lain yang disediakan antaranya:

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang


Menu minuman yang disediakan:

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang


Kerepek sukun juga ada dijual dengan harga RM 2 sebungkus. Bolehlah kunyah sementara menunggu pesanan makanan siap.

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang


Semasa bergerak pulang bolehlah singgah mana-mana kedai untuk membeli pelbagai jenis keropok dan kerepek serta cenderahati yang disediakan.


Pemandangan juga agak menarik di sini dengan adanya perkampungan nelayan serta laut yang terbentang luas. Bagi yang gemar mengambil gambar, bolehlah berkunjung ke sini.

(Selera) Mi Udang Kuah di Pulau Aman, Pulau Pinang


Ulasan selera ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak

Comments