(Pengalaman) Aku Dan Kereta Proton Wira SE 1.5 GLi

Assalamualaikum.

Entry kali ini saya akan berkongsi sedikit mengenai kereta pertama dalam hidup saya. Mungkin agak membosankan tapi saya harap artikel ini berguna untuk semua pemandu, untuk pencari kereta terpakai mahu pun yang berminat dengan kereta Proton Wira SE 1.5 GLi ini.

Dipendekkan cerita, dalam masa saya menjalani latihan praktikal universiti, pada bulan Januari 2014, Alhamdulillah saya telah berjaya membeli sebuah kereta dengan duit sendiri hasil kerja-kerja online saya. Sekadar kereta second-hand saja kerana saya bukanlah stabil lagi dari segi kewangan. Kalau diikutkan mahu saja nak beli kereta baru, tapi mungkin agak susah bank nak luluskan pinjaman sebab saya masih belajar, takde penyata gaji dan saya malas nak cari penjamin walaupun dari keluarga sendiri sebab diorang kat utara dan saya pulak terperuk sorang-sorang kat selatan iaitu di Melaka.

Aku dan kereta proton wira SE 1.5 GLi
Hari pertama ambil kereta sebelum terus bertolak dari Penang ke Melaka.


Sebenarnya kereta yang saya beli adalah kereta Proton Wira SE (Special Edition) 1.5 GLi milik abang ipar saya yang mana saya hanya perlu sambung bayar bulan-bulan sebanyak lebih kurang RM12,000. Sebulan kena sambung bayar dalam RM567 untuk lebih kurang 22 bulan lagi.

Setelah berfikir masak-masak, barulah saya confirm dengan dia untuk membeli kereta tersebut.

Kenapa Proton Wira SE?


Ada beberapa sebab dan kelebihan kenapa saya membeli kereta tersebut antaranya:

  • Beli kereta terpakai dengan keluarga ni lebih dipercayai berbanding beli di kedai kereta terpakai atau beli dengan orang yang kita tak kenal. Ye la kita tak tahu apa jadi dengan kereta tu walaupun kita bawak mekanik datang check. Mungkin ada yang dah tukar barang ke ada rosak yang kita tak nampak ke dan mungkin owner lama selalu lenjan sampai tak cukur meter jarum tu nak berpusing. So far, abang ipar aku kata kereta ni memang standard macam baru beli dan takde ubah apa-apa kecuali sport rim yang bagi aku memang cun. Lawa kan sport rim jenis spider dengan warna chrome dan hitam tu. Terbaik! Untuk pengetahuan, rim standard untuk Wira SE adalah bersaiz 16 inci dengan tayar bersaiz 205/45. Memang tayar tersebut agak ‘low profile’ dan perlu berjaga-jaga jika terlanggar lubang sebab tayar agak nipis. Dan mungkin kurang sesuai sebab kereta jadi berat dan makan lebih minyak. Jadi kena tukar rim yang kecil sikit seperti rim 15 inci dengan tayar lebih besar untuk keselesaan dan penjimatan minyak seperti kereta saya ini.
sport rim 6 spoke 15 inci proton wira se
Ubahsuai wajib bagi kebanyakan pemilik kereta; tukar rim!



  • Kereta ini mempunyai CC yang besar iaitu 1.5 GLi. Dengan kuasa tersebut, perjalanan saya ke Kelantan menaiki bukit Gerik agak mudah dan tiada masalah untuk menaiki jalan bukit yang curam.

  • Harga pada masa tersebut RM12,000 je untuk kereta tahun 2006. Murah gak. Kalau diikutkan harga Proton Wira SE tahun 2005 dalam mudah.my pada masa tersebut adalah lebih kurang RM16,900 campur interest pinjaman dah capai RM21,000. Mahal tu. Sebelum tu memang saya banyak survey kat Mudah dan kedai kereta terpakai, memang agak mahal. Tak tahu pulak abang ipar nak jual kereta. Bila kakak saya tahu yang saya nak beli kereta, barulah dia syorkan saya beli kereta suami dia sebab rupanya diorang dah beli kereta Honda City yang baru. Mungkin rezeki saya dapat beli kereta ‘power’ ni pada harga yang murah.

steering wheel proton wira se
Steering yang lebih sporty dengan reka bentuk speedometer lebih menyerlah!

  • Proton Wira SE – SE tu maksudnya special edition. Tahukah anda yang versi SE ni adalah lebih 'sport' berbanding Proton Wira biasa. Dengan cover dan tombol gear yang sporty, body kits dan bumper depan yang lebih garang, cover lampu depan jenis gelap, prestasi suspensi yang lebih baik, lebih keras dan lebih rendah, stereng lebih sporty, seat jenis ‘hugging’ dan prestasi enjin yang dipertingkatkan, sememangnya ia berbaloi untuk dimiliki oleh mereka yang mencari kereta second-hand terbaik. Boleh dikatakan ianya adalah kereta sport yang masih mampu membawa 5 orang dalam satu kereta. Itulah kelebihan Proton. Jika mereka mengeluarkan versi special edition, bukan sahaja special pada rupa tapi pada prestasi enjin dan kereta keseluruhannya.


gear knob console proton wira se
Gear knob dan cover console gear warna mera yang lebih sporty serta menyerlah!


  • Sebelum memilih Wira SE ni, dah banyak tokey kereta terpakai yang saya tanya tentang kereta-kereta terpakai yang sesuai dibeli. Jawapan diorang; beli kereta Malaysia sebab barang dan maintenance murah dan kalau nak kereta proton pilihlah dari jenis kereta Proton zaman Mitsubishi/Wira dan sebelumnya. 
  • For sure kereta ni jimat minyak. Tahukah anda perjalanan saya dari Melaka ke Perlis dengan membawa muatan barang pindah rumah (sebab saya dah habis belajar) + 120kg serbuk sabun (untuk business keluarga) hanya memerlukan kos minyak sebanyak RM50. Jimat sungguh. Betullah orang kata lagi tinggi cc kereta lagi jimat minyak kerana cc rendah ni memerlukan putaran enjin yang lebih untuk bergerak. Dan lagi satu nak jimat minyak, pastikan putaran RPM enjin di bawah 3000. Sebab tu kereta cc besar ni kalau RPM capai 3000, kelajuan kereta dah capai 100km/jam sedangkan kereta yang ada cc rendah kalau RPM 3000, maka kelajuan kereta baru nak cecah 80km/jam. Kesimpulannya, lagi tinggi RPM lagi banyak penggunaan minyak petrol. Jadi, tu la tips yang saya amalkan untuk jimat minyak?

Nak lebih jimat minyak? Baca ni: (20 Tips) Cara Jimat Minyak Petrol Kenderaan


  • Selesa – Untuk pengetahuan anda, kereta ini saya gunakan untuk perjalanan jauh dari Melaka ke Perlis semasa belajar. Dan selepas kahwin, saya gunakan kereta ini untuk perjalanan dari Perlis ke Kelantan melalui jalan Gerik. Apa yang boleh saya katakan dari perjalanan jauh yang saya hadapi tersebut, pengalaman menaiki kereta ini sangat selesa. Langsung tak ada rasa lenguh. Mungkin kerana bentuk posisi kerusinya yang mesra tulang belakang, rendah dan sporty serta dilengkapi bentuk seperti ‘bucket seat’ jadi tak rasa lenguh langsung.
seat proton wira se
Kerusi kemasan kain dengan garisan merah termasuk karpet menyerlahkan lagi rekabentuk dalaman Proton Wira SE.
    ruang bagasi proton wira se
    Ruang bagasi luas sesuai untuk perjalanan jauh mahupun berniaga.

  • Ruang bagasi yang luas bila kerusi beakang dilipat. Boleh angkut barang dangan atau nak pindah rumah pun senang. Peti sejuk, mesin basuh, basikal malah motosikal pun mudah angkut dengan Proton Wira SE ni. Bagi yang berniaga kecil-kecilan, kereta ini memang amat sesuai untuk mengangkut barang niaga anda. Terbaiklah!

Sebelum memiliki kereta Proton Wira SE ni saya juga pernah menggunakan beberapa kereta Perodua seperti kereta Perodua Viva, Perodua Kancil serta Perodua Myvi milik kakak-kakak saya. Bagi saya pengalaman memandu kereta Perodua dan Proton memang jauh berbeza dari segi keselesaan dan handling. Maaflah kalau statement ni mendatangkan rasa kurang senang di kalangan pemilik kereta Perodua.

Tapi serius cakap kereta Proton sebenarnya lebih selesa dan lebih kuasa di atas jalan raya. Bukan itu sahaja, kereta proton ni sebenarnya lebih stabil walaupun dipandu laju di atas lebuh raya atau jalan berbukit berbanding kereta Perodua. Ini bukan statement reka-reka tapi ini berdasarkan pengalaman saya sendiri serta pembacaan beberapa review di internet. Kereta Perodua katanya hanya sesuai untuk dipandu dalam bandar sahaja.

Untuk lebih keseronokan memandu dengan prestasi kereta yang hebat adalah lebih baik memilih kereta Proton.
Tahukah anda, Proton Wira versi SE yang terawal hanya wujud 10,000 unit sahaja di Malaysia dengan pilihan warna merah dan hitam sahaja serta dilengkapi brake disc di tayar belakang dan tambahan 7hp lebih dari biasa. Tetapi disebabkan jualan yang memberangsangkan, Proton telah menyambung penjualan Wira SE walaupun telah mencapai 10,000 unit dengan pilihan warna tambahan serta beberapa pengurangan spesifikasi seperti penggunaan brek belakang jenis drum

Apa yang kurangnya kereta Proton Wira SE ini?

Namun apa yang buat saya terkilan, selepas beberapa hari saya bawak balik kereta ini ke Melaka, adalah yang gatal tangan nak masuk neraka (marah ni) pergi ambil satu part kat lips depan bumper tu iaitu towing cover. Cover ni sebenarnya kalau buka ada cangkuk untuk ikat kabel bila kena tunda. Tu la guna dia dia. Dan lips tu for sure nak bagi kereta nampak rendah. Barulah nampak lebih sporty.

towing cover proton wira se
Agak hodoh bila tow cover kat lips bumper depan ni hilang dan nampak berlubang. Tak guna punya pencuri..



Memang geram gila bila tau benda seketul tu hilang. Tapi nak buat camna, kereta pun parking kat kawasan terbuka sebab duduk rumah flat. Terpaksalah bersabar dalam sebulan lebih sebelum pindah balik Perlis. Nak tak nak, carilah juga towing cover tu kat kedai spare-part. Melayang RM30. Harga kemain mahal ingatkan dalam RM10 je. Takpelah demi kereta kesayangan. So belilah juga tapi simpan je benda alah tu sebab nak pasang masa sampai Perlis nanti. Pasang awal-awal kat Melaka kang ada pulak yang gatal tangan.

Kalau nah murah boleh beli TOWING COVER WIRA melalui link shopee ni: https://shope.ee/2VC6A0WnGT. Harga lebih kurang RM25 saja.


Saya rasa memang inilah kot masalah pemilik Proton Wira SE sebab banyak gak kereta lain yang saya jumpa takde tow cover ni. Kena curi agaknya. Mungkin sebab diorang tak pasang skru kat bawah tu sekadar klip je. Jadi senang orang yang gatal tangan nak ambil. So pada pemilik kereta Proton Wira SE yang lain, check lah tow cover tu kalau takde skru kat bahagian bawah tu pasang la cepat-cepat sebelum senang mana-mana ahli neraka nak ambil. Skru murah je kat kedai. Saya ni pun mintak skru free kat kedai spare part tu, kalau tak memang takde skru.

Dan satu perkara yang kurang pada Wira SE ni adalah takde tempat letak air botol atau air tin. Tapi takde hal sebab kat kedai alat ganti kereta ada jual laci letak botol air untuk Proton Wira ni. 

proton wira cup holder
Dah boleh letak air minuman. Nice!



Sebab nak selesa punya pasal so tambahlah benda alah ni. Tak pasang kang tak pasal-pasal tumpah air dalam kereta. Jadi, baik pasang. Harga dalam RM50 je lepas mintak diskaun di kedai spare-part. Bolehlah.
 
Atau boleh juga beli WIRA CUP HOLDER ni melalui pengedar di shopee di senarai link berikut:
 
Harga sekarang dah turun dalam RM10 - 20 saja. Murah baq hang!

Dan kereta ini juga tiada sambungan usb untuk cas henfon. Radio player dengan port usb pun tiada. Kalau ada, boleh juga cas henfon melalui port USB di radio player tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, saya membeli USB port yang boleh dicucuk pada port pencucuh rokok. 

remax aliens usb car charger
Wajib ada dalam kereta sebab ada pembaca voltage bateri. Kalau bawah 12V kena tukar bateri baru.


Pilihan terbaik semestinya Remax Alien USB Car Charger yang dilengkapi pembaca voltan bateri dan 2 port USB. Jadi, anytime naik kereta boleh juga cas henfon yang kehabisan bateri melalui port USB ini.

Remax Aliens USB Car Charger ini ada dijual di shopee melalui link berikut:


Kesimpulannya, jika anda mencari kereta yang murah, jimat minyak, berkuasa dan luas ruang bagasinya bolehlah mencari kereta Proton Wira 1.5 GLi Special Edition ini samada untuk kegunaan keluarga atau berniaga.

Comments