(Info) 7 Tanda Kucing Menyayangi Anda

(Info) 7 Tanda Kucing Menyayangi Anda

Kucing sebenarnya adalah haiwan yang penyayang. Malah jika dilatih, kucing juga mampu untuk mengikut arahan anda.

Tapi sedarkah anda, bahawa kucing juga cenderung untuk menunjukkan tanda-tanda bahawa ianya menyayangi anda. Siapa sangka perlakuan kucing yang kita tak suka selama ini sebenarnya adalah tanda kucing tersebut menyayangi anda.

Berikut adalah 7 tanda kucing peliharaan anda menyayangi anda:

1. MATA BERKEDIP PERLAHAN

Jika kucing tersebut meilhat anda dengan pandangan yang penuh lembut dan berkedip dengan perlahan, jangan salah sangka. Kucing ini bukan mahu menggoda dan mengawan dengan anda, tapi ianya sedang menunjukkan sifat manja dan sayangnya kepada anda. Ini menunjukkan ia selesa dengan anda

2. MEMBERSIHKAN DIRINYA

Kucing yang menyayangi anda akan rajin membersihkan tubuhnya dengan menjilat bulunya. Malah ianya juga mungkin rajin untuk menjilat bulu rakannya dan tak mustahil juga menjilat anda. Inilah sebenarny kucing tersebut menunjukkan rasa kasih sayangnya baik sesama haiwan mahupun manusia. Mohon anda jangan ikut sama berjemaah menjilat kucing tersebut.

3. SUKA IKUT ANDA

Ramai yang tak suka bila kucing banyak mengikut kita ke mana saja. Kadang-kadang mungkin sehingga ke bilik tidur dan tandas. Bukanlah bermakna kucing ini pervert dan annoying, tapi kucing ini sebenarnya sedang menunjukkan rasa sayang beliau kepada anda. Jadi, hargailah ia sebelum kucing anda tinggalkan anda.

4. GOSOK KEPALA

Perasan tak kucing ni kalau nak mintak belas kasihan dia akan sapukan kepala dan badannya pada kita. Samalah seperti kucing di kedai makan apatah lagi kucing yang dipelihara anda. Itu pun salah satu cara ianya menunjukkan rasa sayangnya pada anda.

5. BAGI HADIAH

Jangan sangka kucing ni kedekut tak mampu nak bagi anda hadiah macam pakwe anda. Yang pasti hadiahnya bukanlah sebentuk cincin atau sebuah handbag designer yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit, tapi kebanyakannya adalah hasil buruan yang ingin ia kongsikan dengan anda seperti katak, cicak, ular, badak dan lain-lain lagi.

6. BUKA PERUT

Kucing yang sayangkan anda takkan segan silu untuk mendedahkan bahagian perutnya kepada anda untuk diusap dan dipegang. Pada kebiasaannya kucing takkan membenarkan perutnya disentuh kerana ianya adalah tempat yang mudah diserang jika terlibat dalam pergaduhan antara binatang.

7. SETIA DENGAN ANDA

Bila kucing tersebut sudah lapar, ianya akan mencari anda dan datang meminta makanan dari anda. Bukannya meminta dari jiran mahupun jkkk kampung anda. Meskipun anda lupa beri makan, ia akan tetap setia menunggu tuannya untuk memberikan makanan.

Jika kucing anda tidak menunjukan mana-mana tanda dalam senarai artikel ini, mungkin anda telah direject oleh kucing tersebut! :)


Comments