Syarat 5K Memilih Jodoh oleh Rasulullah SAW

Syarat 5K Memilih Jodoh oleh Rasulullah SAW

Anda tak yakin dengan bakal pasangan hidup anda? Bagi menghilang keraguan, bolehlah cuba ikuti tips syarat 5K memilih jodoh yang dikongsikan oleh baginda Rasulullah SAW ni.

Mungkin berguna untuk menilai bakal pasangan hidup anda.

1. Kenal

Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak.

Kenal = kenali melalui saluran yang betul. Samada melalui mahramnya atau wakilnya. Kenal = bukan sampai kapel.

2. Kelas

Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.


3. Kufu

Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. 

Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.


4. Kasih

Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima – keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita.

Jika dua-dua dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga. Kasih bukan bermakna kena berkasih cinta dulu. Tidak. Kasih lebih kepada kenan atau menerima.


5. Kahwin

Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu secepat mungkin.

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

يَا عَلِيُّ ، ثَلاَثٌ لاَ تُؤَخِّرْهَا : الصَّلاَةُ إِذَا آنَتْ ، وَالجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Maksudnya :”Wahai Ali, tiga perkara jangan engkau lewatkan. Solat jika ia telah masuk. Pengurusan jenazah jika telah datang kematian dan mengahwinkan seorang anak perempuan jika jumpa yang sekufu.”

Riwayat al-Tirmizi (171)

Semoga bermanfaat!
Syarat 5K Memilih Jodoh oleh Rasulullah SAW Syarat 5K Memilih Jodoh oleh Rasulullah SAW Reviewed by ftrhd on Wednesday, August 19, 2020 Rating: 5

No comments:

LIKE KAMI DI FACEBOOK






Powered by Blogger.