(Bongkar) Kenapa Peniaga Susah Berjaya Dalam Perniagaan

Edisi bongkar kali ini, saya akan berkongsi sebab kenapa kebanyakan peniaga susah berjaya dalam perniagaan?

(Bongkar) Kenapa Peniaga Susah Berjaya Dalam Perniagaan



Apa yang saya akan kongsi ini ada benarnya dan mungkin ada yang tidak benar. Jika anda seorang peniaga, ambillah mana-mana point yang boleh diambil menjadi pengajaran dan belajarlah dari apa yang saya kongsikan ini.

Mengikut pengalaman penulis sendiri, amat dikesali apabila ada peniaga yang berniaga hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Akibatnya perniagaan lingkup di tengah jalan.

" Saya tak takut dengan persaingan orang Cina. Yang saya takut ialah hasad dengki orang Melayu – Tun Dr. Mahathir Mohamad "

Sedangkan bagi peniaga berjaya, mereka perlahan-lahan membina kemesraan dan kepercayaan (network) dengan pelanggan dan akhirnya keuntungan akan datang bila pelanggan akan sentiasa kembali berurus niaga kerana selesa untuk berurusan dengan peniaga tersebut.

Sebab itulah saya dapat lihat ramai peniaga berjaya yang mesra dan baik hati dalam berniaga. Inilah sikap yang ramai peniaga patut contohi. Sudah banyak kali penulis jumpa peniaga-peniaga yang berniaga berbekalkan muka 10 sen. Bukan sahaja peniaga tetapi termasuk juga pelayan restoran. Layan pun acuh tak acuh. Kalau macam tu gayanya, macam mana lah rezeki nak masuk. Tak gitu?

Kalau jumpa peniaga macam ini, memang saya angkat kaki je. Bukanlah tak nak support peniaga ini, tapi ikhlaskah dia jika berniaga dengan muka yang langsung tidak mesra alam? Sampaikan kita pun tak ikhlas nak berurus niaga dengan dia. Sebab tulah peniaga yang macam tu, akan buatkan pelanggan susah nak kembali untuk berjual beli.

Selain itu, saya juga ada terbaca satu perkongsian di Facebook tentang sebab kenapa ada peniaga kurang berjaya dalam bisnes:

PENIAGA GAGAL:
  • untung RM5 kata kecil dan asyik komplen tak boleh nak berniaga
  • berniaga nak mudah semuanya dan nak terus untung
  • malas usaha dan selalu terlibat dengan skim cepat kaya dan MLM
  • lebih banyak merungut dari berusaha
  • suka guna khidmat bomoh, selalu dengki, iri hati jika ada jiran berniaga benda yang sama
  • bangga jawatan dalam business card padahal tak sedar hakikatnya hanyalah seorang kuli
  • sukar tepati janji terutamanya masa
PENIAGA BERJAYA:
  • jual topap untung RM0.50 tak merungut
  • banyak berusaha barulah dapat untung
  • berani berubah
  • masih boleh berniaga walau jiran berniaga benda yang sama. Mereka sebenarnya bukan jual barang tapi berlumba memberikan layanan lebih mesra untuk menarik pelanggan
  • tak kisah jika wujud pesaing
  • tak malu berniaga, anak-anak dari kecil sudah diajar berniaga. Walaupun baju lusuh, tapi duit bertingkek-tingkek di bank kerana sentiasa diajar merendah diri dalam hidup dan berbelanja
  • sentiasa menepati janji
Setujukah anda dengan senarai tersebut? Apa pendapat anda?

Apa yang saya dapat katakan, mungkin hanya separuh saja yang benar. Namun dapat juga kita ambil point di atas untuk dijadikan ilmu dalam perniagaan. Sentiasa amalkan perniagaan yang positif dan halal.

Selain itu, ada juga yang berkongsi tentang penyakit-penyakit hati di bawah ini. Setuju?:
  • Bila miskin kita dibenci
  • Bila susah kita dikeji
  • Bila meminta kita dicaci
  • Bila kaya kita didengki
  • Bila lebih kita dikhianati
  • Bila diberi kita diumpati
  • Kita dicari bila dihajati
  • Kita mati baru puas hati
Untuk berjaya dalam perniagaan bukanlah mudah. Ianya tidak tercapai dalam satu malam, tidak juga tercapai dengan hanya memetik jari. Untuk mencari kejayaan dalam perniagaan, sentiasalah mencari keberkatan dan berniagalah mengikut landasan Islam. 

Carilah sumber pendapatan yang halal, takut-takut di akhirat nanti darah daging kita yang terhasil dari sumber yang haram akan menjadi bahan bakar di neraka. Apa pun, zakat pun jangan lupa bayar ye :)

Semoga artikel ini bermanfaat buat semua peniaga untuk bermuhasabah diri. Maaf jika terdapat sebarang kesalahan dalam penyampaian diatas. Jika terdapat sebarang komen, bolehlah tinggalkan komen anda di bawah. TQ!

Comments