Dulu casing untuk desktop bersaiz agak besar. Tapi sekarang anda boleh dapatkan dengan saiz yang lebih kecil dan harganya juga mampu milik.
Bagi anda yang mencari dekstop casing bersaiz kecil dan kompak, boleh baca dulu ulasan Tecware Nexus Air M2 TG M-ATX Chassis ini.
Berikut adalah 7 sebab kenapa agak berbaloi untuk anda memilih casing ini:
1) Aliran udara
Dengan dilengkapi jaring pengudaraan di bahagian hadapan, kemasukan udara menjadi lebih besar, lebih lancar dan cepat menyejukkan udara dalam casing.
Bahagian hadapan ini juga boleh dimuatkan 2 kipas CPU bersaiz 12 atau 14 cm.
Di bahagian atas juga terdapat lubang untuk 2 kipas CPU bersaiz 12cm. Biasanya untuk aliran keluar angin.
Dan ruang angin di atas casing tersebut juga boleh dipasang penyejuk CPU jenis cecair + radiator seperti ID-cooling Frostflow[x] 240 Snow Edition.
Selain itu, terdapat juga ruang aliran udara di bahagian belakang casing seperti biasa untuk kipas bersaiz 12 cm.
Nak lagi ruang aliran udara? Ya bahagian bawah dalam casing ini juga boleh dipasang dengan 2 lagi kipas.
Tapi tak perlu kot untuk elakkan aliran udara yang negatif.
Dengan kesemua ruang kipas dan aliran udara ini, maka sesuailah produk ini dengan temanya iaitu HIGH AIRFLOW MATX CASE.
2) Kipas, pengikat kabel dan 1 penapis kipas diberi PERCUMA
3) Saiz
M-ATX bermaksud ianya sesuai untuk motherboard jenis Micro-ATX. Dan ianya boleh juga dimuatkan motherboard bersaiz Mini-ITX.
Jadi saiz casing ini juga agak kecil berbanding casing jenis tower. Malah dari pengamatan admin, ianya juga lebih kecil dan rendah berbanding lain-lain casing micro-ATX di pasaran.
Untuk pengetahuan anda, saiz casing ini adalah seperti berikut:
- Panjang: 35cm
- Lebar: 20 cm
- Tinggi: 39 cm
Dengan saiz tersebut ianya tidak banyak memakan ruang di atas meja. Sesuai bagi anda yang inginkan ruang kerja minimalis dan kemas.
Perlu diingatkan juga bahawa saiz casing ini mampu memuatkan kad grafik dengan panjang maksimum 30cm sahaja.
4) Dua port USB 3.0
Dari pengamatan saya, agak sukar mencari casing dengan pilihan dua port USB 3.0. Kebanyakannya hanya ada 1 port USB 3.0 dan 1 port USB 2.0.
Jadi agak berbaloi untuk memiliki casing ini jika anda mementingkan pemindahan data yang cepat dan menjimatkan masa.
5) Dinding sisi lutsinar
Dinding sisi casing ini juga adalah lutsinar dan diperbuat dari kaca terbaja (tempered glass).
Ianya boleh dibuka seperti pintu untuk mengakses bahagian dalam.
Pintu sisi ini tidak memerlukan skru sebaliknya mempunyai engsel dan juga magnet sebagai penguncinya
Dan ianya boleh juga dicabut terus dengan cara mengangkat ke atas untuk memudahkan pemasangan komponen komputer anda.
6) Pilihan warna putih
Agak jarang nak jumpa casing desktop dengan warna putih.
Namun, bagi Tecware Nexus air M2 TG ini terdapat dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.
Bagi pilihan warna putih, kesemua bahagian casing ini adalah berwarna putih kecuali butang ON dan butang reset di atas serta warna hitam di bingkai dinding sisi.
7) Harga
Harga yang ditawarkan tidaklah terlalu keras.
Sekitar RM 150 ke bawah, anda sudah boleh memiliki casing yang istimewa ini jika membeli di laman belian atas talian.
Jika berminat, bolehlah beli melalui pengedar sah di shopee yang disenaraikan di bawah:
- ETECH PC: https://shope.ee/5KWHUdy2C3
- Dota Tech: https://shope.ee/400tuUvR32
- Mean Machine: https://shope.ee/4AKK6ePEqv
- KS Gadget: https://shope.ee/VR1kRm8mJ
KESIMPULANNYA
Dengan spesifikasi dan harga yang ditawarkan, ianya memang berbaloi untuk diletakkan di atas meja komputer anda.
Aliran pengudaraan juga sangat baik untuk penyejukan yang optimum.
Ye puan-puan. Memang berbaloi jika suami anda minta nak belikan casing ini. Tak rugi pun.
Comments
Post a Comment