(Ulasan) Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard

(Ulasan) Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard


Mungkin inilah papan kekunci yang anda cari selama ini iaitu Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard.

Kenapa ianya mampu menjadi pilihan terbaik sebagai papan kekunci anda?

Di sini admin kongsikan 5 sebab setelah menggunakannya selama beberapa bulan.

NYAHKOTAK

Sebelum itu, kita lihat dulu rupa kotak dan kandungan untuk papan kekunci ini . Jika anda mencari produk ini di kedai komputer berdekatan, inilah rupa kotak keyboard tersebut:

(Ulasan) Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard



Dan berikut adalah apa yang ada di dalamnya:
  • Papan kekunci
  • Penarik kekunci
  • Quick start guide

(Ulasan) Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard



KENAPA IANYA PILIHAN TERBAIK?

1. Dilengkapi Blue Switch

(Ulasan) Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard

Walaupun blue switch dalam keyboard ini dari Kailh, namun fungsi dan pengalaman menggunakannya hampir menyamai blue switch dari Cherry MX. Setiap tekanan jari akan mendapat ‘tembakan awal’ sebelum kekunci sampai ke dasar. Hanya sedikit daya diperlukan untuk menekan keyboard ini. Jadi, permainan dan proses menaip anda tidak lagi menyakitkan tangan walaupun untuk jangka masa yang lama.

Kekunci spacebar juga selesa ditekan dan tidak keras seperti kebanyakan keyboard biasa di pasaran.

Dan oleh kerana ianya mechanical keyboard, jadi ianya mampu bertahan sehingga 60 juta kali tekanan kekunci.

2. Fungsi Windows Key Lock

Rapoo telah memberikan satu kekunci khas untuk mengaktifkan fungsi Windows key lock ini. Ianya penting untuk mengelakkan pengguna tidak sengaja menekan kekunci Windows semasa dalam permainan. Jadi, tiada apa yang berlaku jika fungsi ini diaktifkan.

Dan jika diaktifkan, kekunci tersebut akan menyala dengan nyalaan lampu berwarna oren. Terbaik!

(Ulasan) Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard



3. Mod permainan

Rapoo juga telah memberikan lagi satu kekunci khas dengan logo M untuk mengaktif mod permainan. Jika diaktifkan, fungsi SETIAP kekunci akan berubah mengikut tetapan yang telah diprogramkan melalui satu perisian dari Rapoo.

Tetapan tersebut akan disimpan dalam satu cip memori dalam keyboard ini jadi boleh saja simpan tetapan tersebut dan aktifkan apabila anda mahu menggunakan tetapan tersebut.

Untuk mengubah tetapan setiap kekunci, bolehlah memuat turun dan memasang perisian dari laman Rapoo ini.


4. Butang Audio Tambahan

Terdapat juga tambahan 3 kekunci audio untuk menaik dan menurunkan volume dan juga butang senyap / mute (Rujuk gambar sebelum ini). Agak berguna jika ingin mengubah tahap bunyi semasa dalam permainan tanpa perlu keluar ke tetingkap windows.

5. Harga

Mechanical keyboard kebiasaannya terkenal dengan harganya yang tinggi. Namun bagi Rapoo V500 ini, harga yang ditawarkan dalam lingkungan RM100 sememangnya agak berpatutan berbanding papan kekunci mekanikal yang lain.

Kualiti dan keselesaannya pula setanding dengan mechanical keyboard yang sebenar.

Namun produk ini telah dihentikan pengeluarannya dan sukar untuk dibeli di mana-mana laman belian atas talian.

Jika inginkan versi yang terkini, bolehlah mencuba papan kekunci Rapoo:



KEKURANGAN

Ada beberapa kekurangan dalam keyboard ini, antaranya:

Lampu indikator Capslock dan Scroll Lock berada di bahagian atas keyboard menyebabkan ianya terlindung dan sukar dilihat dari sudut mata. Kan bagus jika Rapoo memasang lampu indikator tersebut pada kekunci Capslock dan Scroll Lock seperti yang terdapat di kekunci Windows key lock dan kekunci mod permainan.

(Ulasan) Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard




Dan alangkah bagusnya jika keyboard ini mempunyai fungsi backlit pada kesemua kekuncinya. Walaupun Rapoo ada mengeluarkan versi multicolor backlit iaitu Rapoo V500 RGB, namun harganya agak menipiskan poket.

Dan seperti Aula F2012 gaming keyboard yang menggunakan blue switch, Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard ini juga mempunyai bunyi menaip yang agak bising. Tidak sesuai jika rumah anda mempunyai anak kecil dan jika bermain permainan multi-player, bunyi tersebut boleh didengari memalui mikrofon.

Boleh saja memilih pilihan warna switch yang lain yang mana lebih senyap namun pengalaman menggunakannya sudah pasti akan menjadi berbeza. Pada pendapat admin, untuk menadapatkan kekunci 'tactile' yang senyap, boleh pilih papan kekunci jenis Brown Switch.


KESIMPULANNYA


Jika anda seorang beginner gamer atau penaip pantas dan sedang mencari mechanical keyboard dengan harga bajet, Rapoo V500 Mechanical Gaming Keyboard ini sememangnya pilihan terbaik dan berbaloi untuk anda miliki.

Ianya senang ditekan dan selesa digunakan untuk menaip atau bermain permainan berjam-jam lamanya. Malah setiap kekuncinya juga boleh diubah fungsinya mengikut tetapan yang anda inginkan.

Milikilah sekarang dan rasailah perbezaannya!

Comments